Bukan level saya – Raja Azura

Bukan level saya – Raja Azura

Lebih sedekad menggalas status sebagai ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata, pelakon dan pengacara, Raja Azura, 49, tidak pernah terfikir mencari pengganti sehingga hari ini.

Selain selesa dan bahagia dengan kehidupan dilalui, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, 49, berkata keengganan berkahwin bukanlah disebabkan dibebani pelbagai masalah berikutan keputusannya itu.

“Pertama sekali saya nak tahu, apa tujuan sebenar bila berkahwin lagi? Adakah kerana mahu mencari kebahagiaan ataupun faktor ekonomi?

“Bagaimana pula anak-anak? Adakah pasangan boleh terima mereka?

“Dari segi ekonomi, Alhamdulillah saya masih mampu membesarkan anak-anak dan rezeki tidak pernah putus.

“Itu belum masuk soal ipar-duai yang kita pun tak tahu mereka suka atau tidak. Kalau kenal orang berduit, bimbang pula orang sangka kita nak tumpang harta adik beradiknya.

“Cukuplah pengalaman yang dilalui sebelum ini. Saya pernah berkahwin dan mempunyai anak. Saya cukup bahagia dengan mereka dan tak perlukan teman hidup,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Pendekar ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada September 2010.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 20, Megat Luqman Hakim,19, dan Puteri Mia Maizura, 17.

Walaupun gelaran ibu tunggal atau janda itu bagaikan lesen menerima kecaman, namun, bagi Kak Engku, dia tidak mahu ambil peduli apapun tanggapan nakal orang luar terhadap statusnya itu.

“Netizen nak cakap apapun pasal saya, saya tak pernah ambil kisah. Bukan ‘level’ saya nak layan mereka.

“Lagipun, saya tahu di mana kedudukan saya. Walaupun bergelar janda, saya masih menjaga adab, bukannya lepas laku.

“Saya masih ada hati dan perasaan yang saya perlu dijaga.

“Kalau saya nak ambil peduli kata-kata netizen, anak-anak saya tak makanlah,” tegas Kak Engku yang kembali ke layar perak menerusi filem berjudul 3 Janda Melawan Dunia.

Memegang watak sebagai Noraini, filem arahan Hyrul Anuar itu menyaksikan artis serba boleh ini bergandingan dengan pelakon hebat seperti Khatijah Tan dan Normah Damanhuri. BH

Bukan level saya – Raja Azura


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker