Ali Puteh hidup sukar, terpaksa keluarkan duit KWSP

Ali Puteh hidup sukar, terpaksa keluarkan duit KWSP

AKIBAT kehilangan kerja selama dua tahun, pelawak dan pelakon Ali Puteh,33, tanpa berasa malu mengakui ada membuat pengeluaran RM10,000 menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diluluskan kerajaan baru-baru ini.

Ujar Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata,wang tersebut merupakan hasil simpanannya ketika bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum menceburi bidang seni.

Menggunakan wang tersebut untuk dijadikan modal perniagaan selain sebagai jalan untuk menampung perbelanjaan anak-anak dan isterinya.

“Saya tak malu untuk mengaku ada membuat pengeluaran duit KWSP RM10,000 yang diluluskan secara ‘one off’ oleh kerajaan. Ini merupakan pengeluaran pertama memandangkan yang sebelum ini saya tak mohon sebab ia diberi secara ansuran.

“Kini saya gunakan RM10,000 itu untuk djadikan modal perniagaan daging. Sejujurnya duit itu tidak mencukupi tapi saya buat apa yang termampu sahajalah.

“Kalau ada yang bertanya, macam mana artis boleh keluarkan KWSP, sebenarnya duit itu merupakan simpanan sewaktu saya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kali terakhir saya mencarum ialah pada 2009,” katanya kepada URTV.

Mengulas lanjut mengenai keperitan hidup yang dilalui selepas banyak tawaran kerja yang sudah dipersetujui lebih awal namun dibatalkan saat akhir, Ali bagaimanapun akur dengan suratan takdir.

Ali juga tidak menafikan jika apa yang berlaku itu adalah kesan daripada kes mahkamah yang melibatkan dirinya dengan balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.

“Masa hari mahkamah buat keputusan tentang kes antara saya dengan balu, saya ada dapat kiriman mesej yang memberitahu tawaran kerja saya dibatalkan.

“Malah, sejak awal kes ini mendapat liputan pun, memang banyak kerja-kerja seni saya dibatalkan.

“Sepanjang dua tahun kebelakangan ini, memang saya tak ada langsung tawaran kerja termasuklah pengacaraan dan lakonan.

“Hanya satu tawaran sahaja dengan bayaran RM 300 di mana saya perlu membaca beberapa potongan surah Al-Quran menerusi panggilan video yang disiarkan di program televisyen,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah ada ruang untuk saling bermaafan sekaligus menyelesaikan kemelut berkaitan dirinya dengan Hidayah, Ali memberitahu dia sentiasa terbuka untuk bersemuka dengan balu arwah abangnya itu.

Kata Ali lagi, sebelum ini ada pihak stesen televisyen yang menghubunginya untuk menjadi perantara bagi meleraikan persengketaan mereka.

“Ada satu program televisyen telefon saya dan meluahkan hasrat untuk temukan kami. Tetapi saya menolak dengan baik sebab bagi saya jika mahu mencari jalan damai rasanya tak perlu diberitahu kepada khalayak.

“Biar saya sendiri yang berjumpa dengan dia tanpa memberitahu orang lain.

“Dia juga boleh bertemu dengan saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumentasi bagi tuntutan faraid.

“Ayah saya masih ada lagi, jika dia perlukan apa-apa tandatangan untuk urusan dokumen, boleh sahaja berjumpa,” luahnya.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataannya di akaun Instagram yang mendakwa dirinya tidak bertanggungjawab.

Februari lalu, mahkamah memutuskan Hidayah memenangi kes terbabit dan Ali diperintah membayar ganti rugi RM60,000. Utv

Ali Puteh hidup sukar, terpaksa keluarkan duit KWSP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker