Saya Suka Hijab, Saya Suka Menari, Sabrina dikecam netizen

Saya Suka Hijab, Saya Suka Menari, Sabrina dikecam netizen

Seorang Youtuber dikenali sebagai Sabrina Azhar menerima kritikan netizen selepas muncul dalam temubual bersama BBC. Dalam temubual itu, Sabrina mendedahkan dia sering dikecam gara-gara menari tarian K-Pop sambil memakai hijab.

Sabrina yang kini sedang menyambung pengajian di South Korea bagaimanapun merasakan hobinya itu tidak salah selagi dia tidak memudaratkan orang lain.

Youtuber ini turut menggalakkan hijabis yang lain untuk tidak takut menunjukkan bakat mereka dan tidak menjadikan hijab itu sebagai satu penghalang untuk menari.

Kenyataan yang dibuat gadis berusia 22 tahun ini nampaknya tidak diterima baik netizen. Sesetengah netizen merasakan gadis itu tidak sepatutnya mencampur adukkan agama dan hobi.

Netizen juga berpendapat menari memakai hijab bukanlah satu cara untuk menunjukkan keyakinan seseorang itu kerana dari sisi agama juga melarang untuk wanita ‘bergelek’ lalu dipertontonkan kepada umum.

Untuk rekod, Sabrina merupakan seorang content creator yang berasal dari Malaysia dan sedang menyambung pengajian di Korea. Dia mempunyai 204,000 pengikut di Youtube. OM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Saya Suka Hijab, Saya Suka Menari, Sabrina dikecam netizen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker