Rita Nadira puas buat orang benci

Rita Nadira puas buat orang benci

Bermula sebagai peragawati, Rita Nadira optimis terjun ke pentas lakonan.

Persis jalan diambil bintang hebat seperti Noor Kumalasari, Erra Fazira dan Nasha Aziz, Rita mengatur langkah mencipta nama dalam dunia seni.

Kisah bermula apabila Rita secara kebetulan memberanikan diri menceburi dunia lakonan pada akhir 2019.

Tidak hanya bersandarkan wajah cantik semata-mata, langkahnya ke arena lakonan terutama watak antagonis meninggalkan impak.

“Sampai ada yang sanggup melemparkan kata kesat dan hina yang disifatkan keterlaluan kerana terbawa-bawa dengan lakonan saya.

“Gelaran jahat dan perempuan jalang antara hinaan yang pernah dilemparkan ke muka saya. Tetapi saya terpaksa telan bulat-bulat.

“Saya percaya apabila dibenci sedemikian rupa, lakonan dipersembahkan terserlah. Kalau begini caranya, saya tak kisah dibenci,” katanya kepada BH Online.

Rita pada mulanya terkejut dan tidak menyangka dikritik hingga diberi pelbagai gelaran.

“Tidak dinafikan orang kenal saya melalui watak antagonis. Kalau saya tengok balik lakonan sendiri pun rasa benci, apatah lagi mereka yang menonton.

“Watak Melissa dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu antara karakter yang membuka mata ramai. Boleh dikatakan saya banyak bermain dengan emosi untuk menghidupkan watak itu.

“Namun, pada masa sama saya puas dapat buat orang benci,” katanya.

Tambah pelakon drama Juliet terbitan Zeel Production itu, penangan watak jahat, ‘berbakul-bakul’ makian, cacian dan cemuhan ‘singgah’ di akaun media sosialnya.

“Bukan setakat ruangan komen dalam Instagram (IG), malah, mesej langsung bertimbun-timbun saya terima hingga hari ini.

“Namun, sejak sejak awal lagi, saya sudah bersedia untuk dikecam dan menjadi sasaran netizen melepaskan amarah terbuku mereka.

“Secara tidak langsung, watak antagonis menjadi batu loncatan untuk saya membina nama dan dikenali,” katanya.

Rita berkata, selain watak antagonis, dia juga ditawar melakonkan karakter lain.

“Tetapi yang diingati dan menjadi sebutan tetap watak jahat. Saya anggap ini rezeki. Cuma kalau ada kesempatan, saya mahu teroka watak lain agar tidak terus statik,” katanya.

Rita gembira drama lakonannya disiarkan berturut-turut di televisyen (TV). Terbaru, Juliet disiarkan TV1 sejak 3 Mei lalu.

“Saya bergandingan buat kali pertama bersama Redza Rosli. Selain itu, Rozita Che Wan, Mas Anizan, Azza Elite, Mas Anizan, Aidit Noh dan Halmey Hamdah turut berlakon,” katanya. BH

Rita Nadira puas buat orang benci


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker