Suka hatilah, dengki kenapa -Sissy Iman

Suka hatilah, dengki kenapa -Sissy Iman

Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman, akui agak kurang selesa dengan sikap segelintir pihak yang gemar memperkecilkan kejayaan orang lain.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Bebas itu menerusi sebuah ciapan di platform Twitter miliknya.

Menurut Sissy, individu tersebut sepatutnya meraikan kejayaan orang, bukan sebaliknya.

“Orang yang suka memperkecilkan kejayaan orang lain ini, barai lah. Tidak kira lah kalau kau dah pernah melakukan itu 100 kali pun. Umur kau pun sudah tua.

“Layak lah kau lagi mahir pun. Berilah peluang orang yang pertama kali dapat kejayaan itu nak meraikan. Bukan kacau hidup kau pun?” ciapnya.

Mengulas lanjut, dia turut mempersoalkan ada juga pihak yang mempunyai sifat ketidak puasan hati terhadap kejayaan orang lain.

“Dok eleh (alahai), benda macam itu pun nak kongsi. Eh, suka hatilah. Dengki kenapa?

“Tahu lah awak sudah tidak hairan dengan benda yang kita capai. Boleh terus buat tidak hairan kot daripada ‘bitter’ sahaja.

“Tidak bahagia ke dengan kehidupan yang sudah capai macam-macam itu?”katanya. Utusan

Suka hatilah, dengki kenapa -Sissy Iman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker