Maria Farida tak ambil apa-apa produk untuk kekal awet muda

Maria Farida tak ambil apa-apa produk untuk kekal awet muda

Pelakon Datin Seri Maria Farida, 53, tidak mempunyai sebarang penjagaan khusus untuk kekal awet muda.

Maria berkata, dia memilih untuk menjalani hidup dengan tenang dan positif selain bersyukur dengan genetik yang dianugerahkan.



“Sebenarnya saya tidaklah menjaga sangat, cuma saya berasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Jujur saya tidak berapa nak ambil apa-apa misalnya produk anti-penuaan dan sebagainya.

“Mungkin sebab saya juga tidak merokok. Cuba jaga kesihatan dan selalu menjadi seorang yang positif. Mungkin saya ‘dapat’ (awet muda) daripada ibu. Umurnya sudah lebih 70 tahun, tapi ramai yang anggap dia muda berbanding usia sebenar,” katanya.

Berkongsi mengenai sambutan 1 Syawal baru-baru ini, Maria berkata, Aidilfitri kali ini disambut dengan apa adanya selain masih berhati-hati dengan penularan Covid-19.

“Raya kami sekeluarga sederhana sahaja sebab kita tahu, virus Covid-19 masih lagi belum reda. Meski ada kelonggaran itu dan ini, tapi saya jujurnya masih lagi rasa risau. Jadi kami tidak buat rumah terbuka, hanya ahli keluarga sahajalah.



“Masih lagi rasa takut-takut, tak berani nak keluar tanpa hal penting. Alhamdulillah saya masih belum terjangkiti (Covid-19). Cuma sebelum ini suami dan ibu pernah disahkan positif.

“Saya melihat sendiri bagaimana ia berlaku dan itu sesuatu yang sangat merisaukan. Alhamdulillah mereka kini sudah pun sembuh daripada virus berkenaan,” katanya. HM

Maria Farida tak ambil apa-apa produk untuk kekal awet muda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker