Lagu raya Baby Shima

Lagu raya Baby Shima

Hampir dua tahun tidak berpeluang pulang ke kampung halaman, penyanyi Baby Shima menyemarakkan Aidilfitri tahun ini dengan buah tangan terbaharu iaitu single raya istimewa berjudul Pulang.

Single sempena Aidilfitri ciptaan komposer Ezra Kong terbitan Warner Music Malaysia itu menyemarakkan sambutan Aidilfitri bersama yang tersayang.

“Selepas hampir dua tahun kita semua tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman kerana pandemik Covid-19, kini tibalah masanya untuk kita bertemu kembali dengan wajah-wajah yang sangat dirindui.

“Idea di sebalik lagu ini datang daripada penciptanya sendiri iaitu Ezra yang merasa kecewa kerana tidak dapat pulang ke kampung,” katanya.

Di sebalik jadual kerja yang padat, Shima masih lagi berkesempatan merakamkan sebuah lagu raya tahun ini dengan mesej yang pastinya menjadi harapan semua rakyat Malaysia yang ingin ‘pulang’.

Lagu Pulang bermaksud sebagaimana tajuknya, keinginan dan hasrat yang mendalam untuk pulang dengan harapan dapat berjumpa kedua orang tua bersempena Aidilfitri.

Jika diamati, lagu raya dendangan Baby Shima ini nyata berbeza dengan mana-mana genre yang pernah dibawanya sebelum ini.

Muzik Pulang dengan genre balada pop perlahan dalam mood yang sungguh syahdu dan pastinya menyentuh jiwa.

“Proses rakaman hanya memakan masa sejam saja di studio milik Ezra sendiri di rumahnya. Proses penggambaran video muzik pula berlangsung selama sehari dengan jalan cerita yang sungguh menarik dan berkait rapat dengan apa yang kita lalui sepanjang dua tahun ini.

“Apa yang boleh saya katakan di sini peminat kenalah tonton kalau nak tahu lebih lanjut lagi,” kata pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli ini.

Bagi Shima, Ramadan dan Aidilfitri tahun ini sangat bermakna baginya kerana keadaan yang kembali normal membolehkan aktiviti yang dirindui seperti pulang ke kampung halaman dapat dilakukan seperti sedia kala tanpa sekatan.

“Walaupun kerajaan membenarkan kita bergerak ke sana ke sini, virus Covid-19 masih lagi ada, jadi kita sentiasa harus waspada dan menjaga diri.

“Semoga single Pulang ini dapat diterima dan nikmati oleh semua pendengar ketika perayaan ini, serta memberi harapan untuk kita semua ‘pulang’,” katanya. HM

Lagu raya Baby Shima


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker