Amelia enggan dabik dada

Amelia enggan dabik dada

Bakat lakonannya semakin hari semakin diakui ramai. Malah, kemunculannya menerusi drama Kisah Cinta Kita yang ditayangkan di Slot Akasia, TV3 menjadikan dia antara pelakon wanita yang kian menjadi rebutan.

Enggan mendabik dada, Amelia Henderson, 27, berkata, dia hanya melakukan yang terbaik demi tanggungjawab sebagai seorang pelakon.



“Dua tahun sebelum ini terutama ketika pandemik saya selalu cakap pada diri sendiri supaya buat yang terbaik dalam setiap perkara dilakukan.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kualiti sehabis baik untuk peminat. Usaha akan saya letakkan dan pada masa sama, bersyukur sebab tahun ini banyak juga rezeki saya dalam bidang lakonan,”

Menurut Amelia, apa yang menjadi fokus utamanya kini adalah kerjaya. Disebabkan itu dia sentiasa sibukkan diri dengan bekerja.

“Saya memang ‘workaholic’ (suka bekerja). Kalau boleh bekerja 25 jam sehari, saya memang akan kerja selama itu. Tapi, kena fikir jugalah kebajikan pasukan saya. Kalau semua kerja 25 jam sehari, rasanya semua dah berhenti dah.



“Bagaimanapun, setakat ini semuanya berada dalam keadaan yang terkawal. Jadi memang tiada masalah dari segi kerja,” katanya.

Namun, Amelia mengakui perlu ada waktu ‘me time’ atau masa untuk diri sendiri demi menjaga kesihatan fizikal dan mental kendiri.

“Bila masa untuk diri sendiri adalah kalau hari yang saya tiada kerja, itulah masa saya untuk diri sendiri.



“Kalau masih ada kudrat untuk bekerja, kita teruskan sahajalah. Saya masih muda lagi. Kalau saya nak kerja macam ‘speed’ sekarang ini waktu usia 30-an atau 40-an, memang takkan ada rezeki yang datang macam sekarang.

“Selagi rezeki masih ada, kita patut terima dengan hati yang terbuka dengan selarikan dengan usaha yang semampu boleh,” katanya.

Kisah cinta

Digosipkan menjalin hubungan istimewa dengan heronya dalam drama Kisah Cinta Kita, Aedy Ashraf, Amelia tidak menafikan ‘didekati’ ramai lelaki menerusi ‘direct message’ (DM) di Instagram.



“Ramai peminat (lelaki) yang DM tapi tak boleh nak layan sangat. Saya selalu layan DM yang positif, konstruktif dan kalau bersifat negatif memang saya takkan layan.

“Pada masa sama, nak kena jaga juga nama baik keluarga apa semua sebab saya masuk dalam industri memang diri saya saja terima tempias tapi keluarga, saya memilih jalan untuk tidak terlalu bercerita mengenai mereka.

“Tapi saya juga sangat bersyukur dengan sokongan diberikan peminat yang tak henti-henti memberi sokongan dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Amelia berkata, dia tetap berjaga-jaga kerana virus Covid-19 belum pulih sepenuhnya.



“Sepanjang kita semua hidup dalam pandemik, saya masih sihat walafiat. Barangkali bernasib baik walaupun ramai kawan-kawan yang dijangkiti wabak itu.

“Saya tinggal dengan datuk dan walau macam mana sekalipun, saya memang kena jaga apa yang patut dijaga dan sering buat ujian calitan. Kalau boleh seminggu sekali kita buat ujian sebab saya tak nak susahkan orang tersayang.

“Walaupun kerajaan dan beri kelonggaran apa semua, jangan kita pandang sambil lewa dan teruskan atau jagalah apa yang telah dilaksanakan sebelum ini demi kebaikan bersama” katanya. HM

Amelia enggan dabik dada




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker