Filem sekuel Doctor Strange raih RM810 juta

Filem sekuel Doctor Strange raih RM810 juta

Filem susulan Doctor Strange and the Multiverse of Madness juga edisi adiwira terbaharu keluaran Marvel Studios melakar sejarah apabila meraih kutipan pecah panggung lebih RM810 juta (AS$185 juta) pada hujung minggu pertama di pawagam Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Agensi melaporkan kutipan itu menepati sasaran awal pengedar filem berkenaan, Walt Disney Studios Motion Pictures sekali gus menjadikan naskhah yang dibintangi aktor handalan, Benedict Cumberbatch itu sebagai filem ke-11 berjaya meraih kutipan pecah panggung di AS.

“Untuk tayangan pembukaan ini, jumlah kutipan adalah dua kali ganda berbanding pungutan kira-kira RM372 juta (AS$85 juta) pada minggu pertama filem sulung Dr Strange ditayangkan iaitu pada 2016,” kata kenyataan Walt Disney, lapor agensi.

Setakat ini, secara keseluruhan termasuk tayangan global, filem sekuel yang menyaksikan Dr Strange menentang kejahatan di semesta lain ini berjaya merekodkan kutipan kira-kira RM1.9 bilion (AS$450 juta).

Ini diikuti The Bad Guys terbitan Universal dan Dreamworks Animation yang menduduki tempat kedua dengan anggaran kutipan RM42.9 juta (AS$9.8 juta) manakala Sonic the Hedgehog 2 selesa di tempat ketiga dengan kutipan RM27.1 juta (AS$6.2 juta), lapor agensi.

Filem Doctor Strange and the Multiverse of Madness adalah hasil sentuhan sutradara yang terkenal dengan filem bergenre seram, Sam Raimi yang sebelum ini pernah mengarahkan filem adi wira Spider-Man, kira-kira dua dekad lalu. BH

Filem sekuel Doctor Strange raih RM810 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker