Meluat dengar depa cakap utara – Che Ta

Meluat dengar depa cakap utara – Che Ta

Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa rimas apabila ada karya-karya yang membariskan pelakon yang bukan berasal dari utara, dan perlu bertutur dalam loghat utara.

Menurut Rozita atau Che Ta, sekiranya sukar untuk bertutur dalam loghat utara atau Kedah, tukarlah skrip karya itu mengikut kesesuaian.

“Meluat pula dengar mereka berlakon cakap utara macam orang lidah pendek. Kalau tak boleh cakap Kedah, tukar saja ‘screenplay’. Tak payahlah buat kata (seperti) orang utara! Lemas perut (rimas) dengar!” tulisnya di Instagram Story.

Dalam hantaran seterusnya di platform itu, Che Ta juga memberi contoh perkataan yang tidak bertepatan dan kedengaran aneh dalam satu karya tontonannya.

“‘Qenggong’ itu menatang (benda) apa? Habaq mai sat! Orang utara panggil ‘qengkong’ bersamaan dengan kerongkong,” tulisnya.

Che Ta bagaimanapun tidak menjelaskan apakah judul karya yang ditontonnya dan siapakah pelakon yang membarisi karya itu. HM

Meluat dengar depa cakap utara – Che Ta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker