Anita Sarawak berkrisis dengan Noor Kumalasari

Anita Sarawak berkrisis dengan Noor Kumalasari

Hubungan bekas model, penyanyi dan pelakon popular era 1970-an dan 1980-an, Noor Kumalasari, 66, dengan kakaknya yang juga penyanyi bertaraf superstar, Anita Sarawak, 70, tak ubah seperti isi dan kuku.

Biarpun dilahirkan berlainan ibu, hubungan dua anak bintang legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor amat akrab sejak kecil. Mungkin disebabkan membesar bersama, ikatan kekeluargaan tetap utuh biarpun arwah ibu bapa sudah tiada lagi.

Seperti diketahui, Anita atau lebih mesra disapa Kak Nita adalah satu-satunya anak arwah S Roomai Noor bersama bintang legenda, Allahyarham Siput Sarawak, manakala Noor pula anak heroin filem Melayu klasik terkenal, Allahyarham Datin Umi Kalthum.

Umpama cubit paha kiri, paha kanan terasa. Apa sahaja isu dan kontroversi yang menghambat Kak Nita, Noor pasti menjadi ‘jurucakap’ mempertahankannya. Kak Nita, bukan seibu, tetapi tetap kakak kandung ‘berbintikan’ satu bapa.

Noor dan adik-beradik lain juga menjadi tempat penyanyi lagu Akhirnya Kini Pasti dan Seksis itu menumpang kasih, sejak kecil kerana Kak Nita adalah anak tunggal dan tiada adik-beradik lain.

Malah, bekas model yang pernah diangkat sebagai Model Of The Year 1978 itu menjadi pendengar setia setiap kali Kak Nita berdepan masalah peribadi atau kerjaya.

Diam tak diam, kini sudah 11 tahun Kak Nita menghilangkan diri dan misteri kehilangannya masih belum terungkai.

Sejak pertengahan 2011, Noor sering diburu wartawan hingga meletakkannya dalam situasi sukar. Umpama ditelan mati emak, diluah mati bapa jika diminta bercerita mengenai Kak Nita.

Pelbagai versi cerita tersebar, namun, penyanyi yang popular dengan lagu Mata dan Hati Seorang Kekasih tetap mempertahankan kakaknya.

Namun, ia tetap menjadi teka-teki apabila Kak Nita tidak pernah muncul biarpun pada hari pengebumian ibu tirinya, arwah Umi Kalthum yang sangat rapat dengannya pada 2013.

Selepas sekian lama memendam perasaan, akhirnya Noor secara eksklusif meluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada BH Online.

Jauh di sudut hati, bintang filem Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa ini mengakui, dia agak terkilan Kak Nita seakan menjauh diri dan tidak pernah menghubunginya sejak 2014.

“Jujurnya, saya amat merindui Kak Nita. Kami membesar bersama sejak saya berusia empat tahun.

“Kak Nita ibarat kakak dan sahabat baik berkongsi suka duka. Walaupun tidak dilahirkan satu ibu, semua itu tidak pernah menjarakkan perhubungan antara kami sebelum ini.

“Saya menjadi tempat Kak Nita mengadu nasib. Kami sering berbual di telefon hingga jauh malam.

“Walaupun Kak Nita duduk jauh, tetapi selalu sahaja menghubungi saya dan berkongsi cerita. Kini, sudah lapan tahun Kak Nita menjauhi saya.

“Sejak itu, saya juga tidak menerima panggilan ucapan hari jadi seperti sering dilakukannya, setiap tahun,” katanya dalam nada sebak.

Penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, sebelum mengambil keputusan pulang ke Las Vegas, Kak Nita sering menghubunginya untuk meluahkan perasan terutama mengenai kerjaya.

“Namun, saya percaya satu peristiwa ini menyebabkan Kak Nita mungkin berkecil hati dengan saya hingga hari ini.

“Kak Nita pernah meminta saya menonton dan memberi komen terhadap lakonannya dalam sebuah drama. Beliau memegang watak detektif wanita.

“Apabila saya menyatakan kebenaran, Kak Nita tidak dapat menerimanya, malah enggan terima kritikan.

“Sejak itu, hubungan kami renggang. Saya terkejut Kak Nita mengambil keputusan tergesa-gesa pulang ke Las Vegas, itu pun saya tak tahu.

“Kak Nita dan suaminya, Mahathir Abdullah minta dua adik-beradik, Noor Salasawati dan Noor Jumaaton menghantar ke lapangan terbang. Beliau pulang ke Las Vegas tanpa terlebih dahulu bertemu saya dan ahli keluarga lain,” katanya.

Bagaimanapun, Noor berkata, Kak Nita masih berhubung dengan kakaknya, Noraini.

“Sebelum ini, saya pernah menghubungi Kak Nita beberapa kali, tetapi panggilan saya tidak pernah dijawab.

“Sebagai adik, saya tidak mahu Kak Nita terus berjauhan hati dengan saya. Jadi, saya berusaha mencarinya, tetapi, apakan daya, Kak Nita masih berkecil hati dengan saya.

“Saya rasa terkilan sangat. Jika dahulu, Kak Nita menjadi orang pertama akan menghubungi saya jika tahu menang apa-apa trofi anugerah.

“Saya tunggu juga panggilannya ketika diangkat sebagai penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, ABPBH 31, tetapi hampa,” katanya.

Noor berkata, dia kini tidak lagi bertanya khabar Kak Nita menerusi Noraini.

“Saya tak tahu apa-apa perkembangan Kak Nita lagi. Saya juga sudah malas mahu bertanya,” katanya.

Namun, Noor berkata, jauh di sudut hati tetap berharap bertemu Kak Nita, suatu hari nanti.

“Jika bertemunya, saya ingin memeluk dan mahu melihat Kak Nita sihat di depan mata.

“Saya juga ingin minta maaf jika melakukan kesilapan hingga melukakan hatinya.

“Hingga kini, saya tidak putus berdoa semoga Kak Nita dibukakan pintu hati kembali ke pangkuan keluarga. Saya nak Kak Nita tahu, keluarga di Malaysia amat menyayangi dan merinduinya,” katanya. BH

Anita Sarawak berkrisis dengan Noor Kumalasari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker