Tak kisah tuduh saya curang – Shakilla

Tak kisah tuduh saya curang – Shakilla

Empat bulan sudah rumah tangga dibina pasangan selebriti, Shakilla Khoriri, 33, dan Fizi Ali, 33, terlerai.

Namun, semakin banyak pula spekulasi bertebaran, sedangkan Shakilla dan Fizi berpisah cara baik demi anak tunggal, Ameena Sofia yang kini berusia 3 tahun.

Awalnya, timbul persepsi penyampai radio itu mencurangi isterinya sehingga menjadi punca perpisahan. Namun, terbit pula andaian Shakilla bermain kayu tiga, sejak akhir-akhir ini.

Mengulas sejauh manakah didakwa curang, Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, barangkali isu curang timbul apabila ada yang melemparkan persepsi berdasarkan apa yang didengari daripada orang lain mahupun Fizi.

“Namun, itu saya tak tahu. Kalau ada yang menuduh saya main kayu tiga, saya tak boleh jawab ya atau sebaliknya. Jika saya keluarkan kenyataan termasuk mendedahkan punca perpisahan, ia bakal mengheret dan mengaibkan ramai pihak.

“Saya juga tidak mahu mengaibkan bekas suami atau sesiapapun. Jadi, perkara ini terlalu sulit untuk dijelaskan. Lebih baik saya berdiam diri.

“Saya takkan marah dan melenting jika ada yang buat andaian saya curang, punca bercerai, isteri tak baik dan sebagainya.

“Saya maafkan mereka yang membuat tuduhan. Mereka tidak berada dalam kasut saya, tinggal serumah dengan kami dan tidak tahu menahu apa sebenarnya yang terjadi,” katanya kepada BH Online.

Ada beranggapan seolah-olah anda menyalahkan bekas suami, Shakilla berkata, tidak wujud dia salahkan Fizi.

“Tidak wujud juga saya mahu membalas dendam, kononnya bekas suami mencurangi saya.

“Mengenali Fizi, dia bukan jenis suka buat hal. Saya baru hidup dengannya selama tiga tahun. Jujurnya, saya tidak tahu apa tersembunyi dalam hati Fizi.

“Kalau Fizi buat hal di belakang, itu saya tidak tahu. Takdir yang tertulis ini adalah alasan kuat dan jelas, tetapi biarlah saya pendam sahaja.

“Cukuplah, hanya Allah dan ibu bapa saya tahu. Kawan baik pun tidak tahu punca perceraian kami. Ia terlalu rumit untuk dikongsi,” katanya.

Kenapa perpisahan terlalu untuk dikongsi, seolah-olah ada perkara besar berlaku, pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya dan Mem & Bibik Bibik itu berkata, dia tidak mahu disebabkan satu perkataan disebut, ia akan memburukkan keadaan dan mungkin dimanipulasi.

“Satu perkataan bertambah rumit jika penyampaiannya berbeza pada pendengaran orang lain.

“Sebaiknya, saya rasa tidak saya jelaskan apa-apa lagi kerana ia sudah berakhir. Nak kata saya curang, tak mengapalah.

“Tetapi, Fizi baik terhadap saya, lain-lain terserah pada penilaian masing-masing. Apa yang berlaku, biarlah kami sahaja yang tahu dan tak perlu diungkit lagi,” katanya.

Mengulas bagaimana anak melalui situasi ini, Shakilla berkata, dia tidak membuka fail tuntutan di mahkamah syariah, jadi tidak wujud sebarang terma hak penjagaan anak.

“Cuma, Ameena banyak masa bersama saya. Jika terikat komitmen kerja, saya minta tolong Fizi bantu jaga Ameena. Lama-kelamaan saya percaya anak mula faham, biarpun masih kecil.

“Bulan lalu, saya cuba terangkan kepadanya bahasa mudah yang saya dan Fizi sudah tidak berkawan. Ameena macam pelik kenapa saya dan Fizi masih cakap elok-elok.

“Ameena ada bertanya kenapa kami tidak duduk serumah lagi. Saya kena telus dengan anak. Bohonglah jika saya tidak sedih dengan apa terjadi,” katanya.

Shakilla berkata, dia tidak boleh cakap mudah untuk ‘move on’.

“Saya masih sayangkan bekas suami kerana banyak memori indah dan susah senang bersama diharungi.

“Saya cuba bertahan di depan Ameena kerana dia juga banyak bertanya. Satu Malaysia pun terkejut apa terjadi, apatah lagi, kami yang melaluinya.

“Jika Fizi bertemu jodoh baru, saya tumpang gembira. Jika ditakdirkan, jodoh kami bertaut semula, saya reda, cuba kena perbaiki kelemahan masing-masing,” katanya.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan Ameena Sofia. Fizi mengejutkan ramai apabila mendedahkan berita perpisahan dalam laman Instagram pada 15 Disember, tahun lalu. BH

Tak kisah tuduh saya curang – Shakilla


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker