Seronok raya ‘kampung’ Natasha Hudson

Seronok raya ‘kampung’ Natasha Hudson

Sambutan Syawal oleh pengantin baharu Natasha Hudson di kampung suaminya, Jay Jasmin menarik perhatian netizen apabila dirai dengan penuh sederhana ala kampung walaupun dirinnya bergelar seorang selebriti popular.

Perkongsian swafoto pakaian untuk hari ini (OOTD) yang digayakan Natasha atau nama lengkapnya Natasha Liana Hudson, 40, cukup sederhana tanpa rekaan glamor seperti yang biasanya digayakan oleh artis-artis lain.

Menerusi video yang dikongsikan dalam Instagramnya, Natasha begitu selesa menggayakan pakaian baju potongan kurung Kedah yang dipadankan bersama skirt hitam polos tanpa corak.

“Hari raya sederhana. Tidak perlu gaya berlebihan. Sederhana itu lebih baik di Sungai Petani, Kedah. Salam lebaran semua,” tulisnya.

Lebih menarik perhatian apabila pelakon dan juga model jelita itu kelihatan begitu gembira mengayuh basikal tua dengan hanya berselipar dan mengelilingi kampung untuk menghirup udara segar di sawah padi.

Perkongsian aktiviti lebaran pelakon yang pernah membintangi filem Chermin itu sekali gus menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila rata-rata memuji kejelitaannya walaupun tampil dengan gaya ringkas.

“Cantiknya Ya Allah,” komen seorang pengikutnya.

“Suka gaya kampung begini. Sangat susah nak jumpa sekarang,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Sederhana tapi masih cantik,” puji seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, Natasha mendirikan rumah tangga buat kali kelima bersama Jay Jasmin pada 28 Mac lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menerusi satu kenyataan, Natasha berharap supaya perkahwinan kali kelimanya itu tidak disensasikan oleh pihak media. K Online

Seronok raya ‘kampung’ Natasha Hudson


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker