Impian Hazama bergelar pengarah filem

Impian Hazama bergelar pengarah filem

Penyanyi dan pelakon, Hazama, 38, menyimpan cita-cita bergelar pengarah filem berjaya suatu hari nanti dan menjadikan Mawi sebagai inspirasinya.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi berkata, perjalanan ke arah itu pastinya mencabar apatah lagi dia bermula dari sifar, namun baginya tidak mustahil.



“Saya ada impian sebab itu saya berlakon. Saya tiada peluang masuk universiti untuk belajar pengarahan tapi bila sudah berlakon, dari situlah saya belajar dengan mata sendiri.

“Suatu hari nanti, bila saya sudah mendalami cara kerja dan persekitarannya, mungkin akan ada cerita sendiri untuk saya arahkan. Semua pengarah yang saya pernah berlakon, saya bertanya mereka.

“Bahkan Mawi pun contoh terdekat yang saya pandang sebab dia pun bermula dari tiada apa-apa. Tapi dia berjaya siapkan sebuah naskhah dan dia ikon yang boleh jadi inspirasi pada sayalah,” katanya.

Penyanyi lagu Penglipur Lara itu juga berazam untuk jadikan bidang pengarahan sebagai sumber rezekinya dalam jangka masa panjang. Justeru, dia sedia terima apa saja cabaran mendatang.



“Kalau untuk produk pertama saya nanti, saya takkan fokus kepada jumlah kutipan. Saya fokus lebih kepada boleh siapkan atau tidak naskhah itu.

“Bagi saya yang bukan belajar di mana-mana, dapat menyiapkannya saya sudah syukur. Penerimaan itu perkara nombor dua, kalau tak diterima saya akan cuba lagi. Dari dulu masuk bidang ini, saya memang sedia dengan apa juga penerimaan. Kalau buruklah kecaman itu, ada perkara saja boleh belajar dan kalau baik, ada yang boleh saya ikut,” katanya. HM

Impian Hazama bergelar pengarah filem


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker