Peminat nak serbu rumah? MK alu-alukan

Peminat nak serbu rumah? MK alu-alukan

Tidak menghalang mahupun menyekat, penyanyi rap terkenal MK K-Clique mengalu-alukan kedatangan para peminat yang ingin berkunjung ke rumahnya di Kota Kinabalu, Sabah sempena Hari Ray Aidilfitri.

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, meskipun masih terikat dengan prosedur operasi standard (SOP), dia tidak akan menghalau mana-mana peminat yang datang ke rumahnya.

“Ada saja yang tahu rumah saya di kampung dan bagi saya tidak menjadi halangan pun untuk mereka datang.

“Mereka juga pandai hormat waktu dan cara yang sesuai untuk datang ke rumah saya seperti minta izin terlebih dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dia yang terkenal dengan lagu Warna itu mengakui tidak pernah melalui pengalaman rumahnya diserbu peminat pada hari raya.

“Saya pun belum ada pengalaman rumah diserbu lagi tetapi jangan risau saya tak akan halau pun.

“Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bertemu ramai orang dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan tetapi saya perlu hormat mereka yang masih menitikberatkan isu berkaitan SOP, jadi teruskan menjaga diri,” ujarnya.

Semalam, pelakob filem Bunga dan Kayu itu memberitahu kepada Kosmo! dia juga tidak sabar untuk beraya di rumah saudara mara di kampung halamannya. K Online

Peminat nak serbu rumah? MK alu-alukan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker