Iqbal Zulkefli Sediakan RM100,000 Duit Raya

Iqbal Zulkefli Sediakan RM100,000 Duit Raya

Usahawan sensasi tanah air, Ahmad Iqbal Zulkefli baru ini membuka ruang kepada pengikutnya di media sosial untuk bertanya apa saja soalan kepadanya.

Serik Bagi Pinjam Duit

Menariknya dalam beberapa soalan yang ditanya kepada usahawan muda ini, dua daripada soalan yang dijawab oleh Iqbal mendapat tumpuan ramai. Usahawan tempatan ini mendedahkan dia tidak mahu lagi memberi pinjam wang kepada sesiapa.

Pengalaman lampau membuatkan Iqbal berasa serik dan tidak mahu melalui keadaan sebegitu lagi. kerana dalam ramai-ramai yang meminjam hanya tiga orang yang bayar semula wang yang diberi pinjam tersebut.

“Tuan sudi pinjamkan duit?” – tanya salah seorang pengikut

“Saya selalu bagi orang pinjam duit. Dalam 20 orang yang berhutang, cuma 3 orang yang bayar. Malah, saya pula yang dikatakan macam-macam bila minta hutang. Minta maaf, saya sudah serik.” jelasnya

Dalam pada itu, Iqbal juga mendapat mesej pertanyaan dari seorang pelajar yang ingin meminta duit raya kepadanya. Mendapat soalan seperti itu, Iqbal mendedahkan dia menyediakan RM100 ribu duit raya pada tahun ini dan sesiapa yang ingin mendapatkan duit raya darinya perlu berjumpa secara berdepan.

“Nak duit raya untuk pelajar macam saya” – soal pengikutnya

“Tahun ni saya dah sediakan RM100,000 untuk duit raya. Saya tidak kira usia, kalau rasa nak bagi, saya bagi je. Cuma kena jumpa depan-depan bukan DM atau transfer.”umumnya

Siapa nak duit raya kenalah jumpa Iqbal dulu! OM

Iqbal Zulkefli Sediakan RM100,000 Duit Raya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker