Ejen Ali, 10 Budak Merah bangkit semangat Aidilfitri

Ejen Ali, 10 Budak Merah bangkit semangat Aidilfitri

Selepas beralih pada fasa peralihan ke endemik, satu demi satu video hari raya dihasilkan demi membangkitkan semangat Aidilfitri yang bakal menjelang, seminggu lagi.

Tidak ketinggalan, animasi popular, Ejen Ali bekerjasama dengan syarikat teknologi kewangan (fintech) Axiata, Boost menerusi video hari raya berjudul KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali.

Kisah KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali adalah sebahagian kempen KebangkiTEN Raya oleh Boost yang berlangsung daripada 18 April sehingga 31 Mei ini.

Menariknya, sepanjang tempoh kempen KebangkiTEN Raya, pengguna aplikasi Boost memperoleh ganjaran menarik dan penjimatan tambahan termasuk pulangan lebih RM100, memenangi Vespa dan Perodua Ativa baharu untuk pulang berhari raya ke kampung halaman.

Selain itu, pengguna juga menerima ganjaran ’10x Boost stars’ dan tambahan RM10 eDuit Raya untuk mereka yang menerima Duit Raya melalui DuitNow menerusi Boost.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata pihaknya amat mengalu-alukan aplikasi Boost dalam menjayakan kolaborasi bersama Ejen Ali menjelang sambutan Syawal.

“Kami berharap gabungan Ejen Ali dan 10 Budak Merah daripada Boost dapat membangkitkan semangat serta suasana sambutan Syawal lebih meriah selepas dua tahun berdepan penularan pandemik COVID-19.

“Selain itu, pelbagai tawaran menarik ditawarkan pada musim perayaan ini,” katanya kepada BH Online.

Kisah KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali mengisahkan misi Abu dan sembilan rakan karib berpakaian serba merah mengembalikan semangat meraikan Lebaran dalam masyarakat.

Diceriakan sorakan Ejen Ali, mereka berusaha menjayakan pelbagai misi seperti menyediakan hidangan, kuih raya tradisional, mendapatkan tawaran terbaik untuk baju raya, menghiasi rumah dengan kemudahan dan tawaran hebat yang boleh diperoleh menerusi aplikasi Boost.

Di penghujung pengembaraan, Abu berhadapan dengan cabaran penuh aksi dengan penampilan istimewa, Ejen Ali.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation yang juga pengarah Ejen Ali, Usamah Zaid Yasin, berkata pihaknya teruja Ejen Ali menjadi sebahagian kempen Aidilfitri anjuran Boost, tahun ini.

“Saya berharap semangat dibawakan Ejen Ali dan 10 Budak Merah dapat mengingatkan penonton mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan dalam keterujaan meraikan Syawal bersama keluarga serta sahabat tersayang,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, berkata sambutan Aidilfitri secara sederhana dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19 membuktikan kecekalan dan ketabahan rakyat Malaysia.

“Walaupun tidak dapat bertemu ahli keluarga dan sahabat handai akibat sekatan pergerakan penuh, namun rakyat Malaysia tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan.

“Bagaimanapun, perhubungan tidak terputus dengan insan tersayang menerusi kemudahan teknologi. Dalam fasa peralihan ke endemik, kami teruja berkolaborasi dengan Ejen Ali menerusi video KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali bagi menyemarakkan Aidilfitri.

“Ia melambangkan kegembiraan menyambut Syawal dengan penuh kemeriahan, tahun ini bersama pangkalan pengguna terus menggunakan aplikasi Boost sebagai teman gaya hidup digital bagi musim perayaan lebih selamat dan mudah,” katanya.

Video penuh KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali disiarkan menerusi akaun Facebook dan YouTube rasmi Boost dan boleh ditonton menerusi Rangkaian Televisyen Media Prima.

Menerusi gabungan strategik bersama Media Prima OMNIA, kempen berkenaan dipromosikan menerusi segmen khas dalam program TV3 yang meraih kadar tonton tertinggi seperti Sembang Sahur dan Buletin Utama.

Tidak ketinggalan, promosi juga dilakukan menerusi Facebook dan Instagram TV3 Malaysia.

Seiring kempen ini, sesi beramah mesra maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia dengan pengguna aplikasi Boost yang berlangsung selama empat hari di Sunway Pyramid Mall, Subang Jaya bermula 23 April hingga 1 Mei ini.

Kolaborasi antara Ejen Ali dan Boost bakal dilanjutkan kepada Ejen Ali musim ketiga yang bakal ditayangkan menerusi platform penstriman, Disney+ Hotstar, tahun ini.

Ejen Ali musim baharu mengisahkan Ejen Ali dan rakan-rakannya, Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam pertandingan rahsia di Arena MATA.

Pertandingan turut disertai beberapa rekrut Akademi MATA yang dilatih oleh agensi perisik antarabangsa.

Ali tekad mengikuti jejak langkah ibunya menjadi seorang Ejen MATA yang hebat, namun pelbagai halangan terpaksa diharungi selepas dipisahkan dari gajet IRIS.

Ejen Rizwan pula kembali membongkar ancaman baharu yang berpotensi menjatuhkan bandar raya Cyberaya.

Ejen Ali Misi: Juang, Ejen Ali The Movie dan Ejen Ali musim satu serta dua boleh distrim menerusi Disney+ Hotstar! BH

Ejen Ali, 10 Budak Merah bangkit semangat Aidilfitri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker