Ramli Sarip lepas gian
Ramli Sarip lepas gian
Penyanyi Datuk Ramli Sarip, 69, lepas ‘gian’ dan memberikan persembahan bertenaga pada showcase Berbuka Puasa Rasa (Cinta Di Sebalik Musim), di Hotel Royale Chulan, di sini, semalam.
Tampil dengan set kugiran penuh, Ramli menghiburkan lebih 500 tetamu hadir selain sempat berkongsi butiran beberapa lagu yang dimuatkan dalam album penuh baharunya berjudul Rasa.
“Ini adalah hari pelepasan bagi kami sebagai mengharungi perjalanan seni selama dua tahun lebih tidak dapat memberikan persembahan sebegini.
“Saya juga ingin memperkenalkan album penuh saya. Lagu pertama saya Sentosa Di Kubah Hayat adalah berkisar isu Palestin yang sejak dulu bermasalah,” katanya.
Pada showcase itu, Ramli mendendangkan lebih 10 lagu termasuk Teratai dan Kamelia.
Berdurasi selama hampir dua jam, majlis disusuli dengan acara beramah mesra dengan peminat sejurus tamat persembahan.
Dianjurkan Mukmin Pay Sdn Bhd dengan sokongan Konsortium IRAMA, acara dimulakan dengan beberapa penyampaian sumbangan.
Ia termasuk sumbangan kepada beberapa penggiat seni yang berdepan ujian seperti sakit dan ditimpa musibah antaranya Bad Indigo, Mak Jah, Khalis Real Spin, Mel Wings, dan Norlia Ghani.
Tidak ketinggalan, penyampaian duit raya kepada dua pusat anak yatim. HM
Ramli Sarip lepas gian
Baca Artikel Menarik:
- Ku Li jumpa Amanah Kelantan, ada kerjasama PRU15?
- ‘Welcome back’ PH 2.0, kata Najib
- Saiful Bukhari keluar Bersatu
- Kad debit Maybank tak boleh digunakan sementara
- Pemandu teksi rakam aksi perkosa gadis Myanmar
- Saya bukan nak tunggang agama – Boy Iman
- Pas Leaks tak lari jauh dari realiti – Shahril
- Rafizi ingatkan Saifuddin usah buat kenyataan memalukan
- Sokong Anwar jadi PM jika mahu bersama PH – Farhash
- ASP wanita dikecam buat ‘live’ TikTok masa serbuan
- Guan Eng bidas SPRM siasat Nazlan, tapi bukan Azam
- Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis