Mawi jadikan Zarina Anjoulie ustazah

Mawi jadikan Zarina Anjoulie ustazah

Penyanyi dan pengarah filem, Mawi, 41, yang menawarkan watak ustazah kepada pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah dalam filem terbaharu arahannya, Zim Zim Ala Kazim adalah bersandarkan bakat dan tidak ada kena-mengena dengan penilaian peribadi seseorang.

“Saya ambil dia (Zarina) berdasarkan watak dan bakat lakonan dimilikinya. Soal peribadi dia, memang saya tak ambil tahu langsung sebab itu urusan dia dan saya pun tak pernah nak tanya.

“Saya juga tak rasa bimbang nak bekerja dengannya kerana skrip itu memang sesuai untuk dia lakonkan. Dan, dia pun seorang yang senang bekerja dengan saya,” katanya mengulas kerjasama dengan Zarina yang sering terpalit kontroversi.

Sebelum ini, Mawi sudah bekerjasama dengan Zarina menerusi filem Hantu Kuat Ketawa yang berjaya menjadi pilihan penonton di Astro First hingga tersenarai dalam carta teratas saluran itu.

Katanya, dia juga selesa bekerja dengan pelakon sama dalam projek filemnya walaupun dilihat seakan kurang popular kerana bertepatan bajet yang ada.

“Saya hanya nak senang kerja dengan pelakon, selain sedar jumlah bajet yang ada. Bukan tak mahu ambil pelakon popular, tapi saya tahu ia akan melebihi bajet yang kita ada.

“Jadi, daripada akan mendatangkan masalah di kemudian nanti, lebih baik saya ambil pelakon-pelakon yang senang nak bekerja saja. Lagipun, ia juga tidak menyusahkan pihak saya,” katanya.

Selain Zarina, barisan pelakon filem Zim Zim Ala Kazim ialah Datuk Ustaz Kazim Elias, Along Cham, Syanie Hisham, Danial Zaini, Sharif Kadir, Santesh dan ramai lagi. HM

Mawi jadikan Zarina Anjoulie ustazah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker