Daiyan Trisha hanya bertudung hormat Ramadan

Daiyan Trisha hanya bertudung hormat Ramadan

Tampil dengan imej memakai selendang ala turban usai pulang daripada mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha bagaimanapun menafikan sangkaan ramai bahawa dia sudahpun berhijab sepenuhnya.

Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, imej ‘menutup sebahagian rambut’ yang digayakan itu sebenarnya lebih kepada tujuan untuk menghormati bulan Ramadan selain baru pulang daripada mengerjakan umrah.

“Saya belum berhijab sepenuhnya. Saya menutup sebahagian rambut dengan selendang pun untuk menghormati kesucian bulan Ramadan.

“Lagi pula saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah. Saya masih dalam proses istiqamah,” katanya memohon peminat untuk sama-sama mendoakan dirinya terus istiqamah agar berhijab penuh suatu hari nanti.

Ujar selebriti berusia 29 tahun itu lagi, dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila tiba waktunya nanti. Namun enggan menjanjikan apa-apa dalam masa terdekat kerana takut gagal jika berubah dalam keadaan tergesa-gesa.

Bagaimanapun, pelakon drama Projek: Anchor SPM mengakui selesa dengan imej yang digayakan sempena bulan Ramadan ini tanpa sebarang masalah.

“Saya tidak boleh janjikan apa-apa tentang imej sebegini. Kalau boleh, jika selepas ini saya sudah memakai hijab sepenuhnya, saya tidak mahu menanggalkannya semula (membuka hijab).

“Tambahan pula saya memang rancang untuk tampil dengan imej sebegini ketika bulan Ramadan. Apa-apa pun kalau saya sudah bersedia nanti, saya akan kekalkan betul-betul,” ujarnya.

Dalam pada itu, Daiyan juga memberitahu ramai peminat suka dengan imej dirinya ketika Ramadan yang lebih tertutup dan berharap serta mendoakan supaya dia kekal dengan imej sopan selepas ini.

“Alhamdulillah. Saya dapat banyak komen positif daripada peminat. Mereka suka dengan imej saya begini.

“Keluarga pun sama. Cuma mereka tidak pun memaksa. Apa yang penting, hati perlu ikhlas. Sebab itu kalau boleh saya enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap perkara yang belum lagi pasti,” jelasnya.

Terdahulu, Daiyan menarik perhatian peminat ketika berkongsi imejnya sopan dan menutup aurat sepenuhnya ketika menunaikan ibadah umrah. Rata-rata peminatnya teruja melihat Daiyan berhijab dan memohon supaya pelantun lagu Penat itu tidak lagi kembali dengan imej seksi seperti sebelum ini. K Online

Daiyan Trisha hanya bertudung hormat Ramadan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker