Didakwa tidak berakhlak, Mak Wan Latah simpan aib bekas suami

Didakwa tidak berakhlak, Mak Wan Latah simpan aib bekas suami

Didakwa tidak berakhlak hingga diceraikan talak satu, pelakon Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, enggan memburukkan atau membuka aib mana-mana pihak.

Kata pelakon itu, dia reda dengan ketentuan perkahwinan yang baharu dibina hanya mampu bertahan selama tiga bulan.

Assalamualaikum, bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Kadangkala saya tidak sihat mahu pun kuarantin.

“Saya tak nak menjawab kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu juga mengaibkan keluarga belah sana (bekas suami).

“Walaupun ada sahaja perkara yang saya ingin beritahu, tetapi saya tak nak. Biarlah Allah sahaja yang menghukum dan menentukan segalanya,” katanya.

Mak Wan yang berusia 61 tahun itu berkongsi luahan hatinya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik menerusi Facebook, semalam.

Pada masa sama, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu turut meminta tiada lagi pihak menyebarkan fitnah dengan berkongsi sesuatu perkara yang tidak tepat berhubung perceraiannya.

“Moga-moga orang di luar sana sentiasa dipelihara Allah. Cukup-cukuplah, jangan memfitnah lagi. Perkara sudah selesai.

“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Biarlah saya dan Allah sahaja yang menentukan semua ini. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. Itu sahaja.

“Yang lain, saya serahkan kepada Allah. Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini. Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya,” ujarnya lagi.

Pada Khamis lalu bekas suaminya, Husain Dolah, 74, melafazkan cerai terhadap Mak Wan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pelakon berkenaan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Pasangan tersebut disatukan di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak pada 22 Januari lalu selepas sebulan bertunang.

Selain mendakwa pelakon tersebut tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik, Husain turut menyatakan banyak berkecil hati berdepan sikap bekas isterinya itu. K Online

Didakwa tidak berakhlak, Mak Wan Latah simpan aib bekas suami


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker