Kenapa Audio Zahid-Anwar mengecawakan ‘Pejuang’?

Klip audio tular yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sudah diduga lebih awal.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mengulas isu tersebut bagaimanapun mengakui, jika terbukti audio itu asli, ia merupakan perkara yang amat mengecewakan Pejuang.

“Sebelum ini kami di pihak Pejuang sudah beberapa kali minta supaya didedahkan apa bentuk kerjasama sekiranya ada antara Pakatan Harapan (PH) melalui PKR dengan UMNO, khususnya Kluster Mahkamah.

“Kami tidak pernah mendapat jawapan, kalau ada pun lebih banyak berdolak dalih, tiada jawapan tepat tetapi bila didedahkan rakaman ini maka apa yang kami syak sebelum ini sudah terbukti benar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air Negeri Kelantan yang turut dihadiri Ketua Majlis Pimpinan Negeri Kelantan, Datuk Sazmi Miah di sini hari ini.

Pas belum sedia terima Amanah

Ahli Parlimen Jerlun itu mengulas isu rakaman audio melibatkan individu yang suaranya mirip Anwar dan Ahmad Zahid bercakap mengenai ucapan Presiden UMNO ketika perhimpunan agung parti itu yang tular beberapa hari lalu.

Bagaimanapun Anwar dan Ahmad Zahid menafikan kesahihan klip audio tersebut.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, melihat kepada tindak-tanduk serta kenyataan terkini kedua-dua pemimpin terbabit, firasat beliau mengatakan perkara itu betul dan bukannya palsu sebagaimana didakwa.

“Dan saya tak lihat bagaimana Pejuang boleh memberi sebarang bentuk kerjasama kepada mana-mana pihak yang sanggup bekerjasama dengan Kluster Mahkamah yang selalu kita sebut-sebutkan itu

Jika PAS berjiwa besar untuk terima Amanah, UMNO akan cuba terima Bersatu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker