Tiz Zaqyah Makan Ulat, Netizen Terkejut Tengok

Tiz Zaqyah Makan Ulat, Netizen Terkejut Tengok

Satu perkongsian milik pelakon jelita, Tiz Zaqyah mengundang pelbagai reaksi dan respon dari netizen di media sosialnya. Pelakon ini memuatnaik gambar dan video yang memaparkan ulat roti dalam makanan di Instagram nya.

Makan Ulat Roti?



Melihat hantaran Tiz dengan kapsyen ringkas di media sosialnya membuatkan orang ramai tertanya-tanya sama ada aktres tersebut benar-benar memakan ulat tersebut.

“Midnight snack (emoji cacing) Bolehkah anda letak beberapa dalam mulut? TIDAK.” tulisnya

Rakan Artis Dan Netizen Tergamam

Perkongsian tersebut mencuri perhatian rakan artis dan orang ramai di media sosialnya, ramai yang gerun dan tergamam melihat posting tersebut.



“DraQya rasuk kau ke Tiz?” komen Raf Yaakob
“Eeeeee kenapa kau makan mereka” soal Tiara Jacquelina

“OMG! Terkejut tengok klip video tu.. Tetiba saya terfikir ni antara Fear Factor ke cerita seram?”

“Aiyoo saya nak pegang pun nangis”

“OMG, betul ke? Tidak… Tidak… Geli buk Tiz” komen mereka



Lakonan Untuk Telemovie Sakanak

Sebenarnya Tiz tidak makan ulat roti tersebut, sebaliknya gambar dan klip video yang dikongsikan itu adalah sekilas gambaran babak lakonannya untuk telemovie Sakanak yang bakal ditayangkan pada hari raya nanti di TV3.

Melihat babak yang dikongsikan buatkan ramai yang teruja nak menonton lakonan Tiz akan datang ini nanti!



Tiz Zaqyah Makan Ulat, Netizen Terkejut Tengok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker