Majlis perkahwinan Ranbir, Alia berlangsung empat hari berturut-turut

Majlis perkahwinan Ranbir, Alia berlangsung empat hari berturut-turut

Mumbai: Percintaan empat tahun pasangan pelakon Ranbir Kapoor, 40, dan kekasihnya, Alia Bhatt, 30, yang ditunggu-tunggu oleh peminat mereka kini berakhir di jenjang pelamin.

Malah, majlis bahagia pasangan selebriti yang lahir daripada keluarga legasi perfileman Bollywood terkenal itu berlangsung hari ini.

Menerusi laporan sebuah portal hiburan di India, memaklumkan majlis perkahwinan Ranbir dan Alia akan dirai dengan penuh meriah selama empat hari bermula 13 April.

“Tarikh perkahwinan mereka sudah ditetapkan berlangsung dari 13 hingga 17 April 2022,” ujar sumber terdekat yang mewakili pasangan pengantin popular itu.

Difahamkan, majlis perkahwinan Ranbir dan Alia terpaksa dibuat lebih awal daripada tarikh sebenar dirancang kerana keadaan kesihatan nenek Alia yang semakin uzur.

Selain itu, dikatakan juga acara perkahwinan pasangan ini hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat daripada kedua-dua belah pihak saja. Turut dimaklumkan, Ranbir dan Alia juga akan melangsungkan sebuah majlis resepsi mereka di Taj Mahal pada 17 April ini.
HM

Majlis perkahwinan Ranbir, Alia berlangsung empat hari berturut-turut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker