Animasi Tempatan ‘Mechamato’ Berjaya Tawan 65 Negara Di Seluruh Dunia

Animasi Tempatan ‘Mechamato’ Berjaya Tawan 65 Negara Di Seluruh Dunia

Siri animasi terbaru keluaran studio animasi tempatan, MONSTA, sekali lagi menempa nama dan mengorak langkah ke persada dunia apabila animasi baharu ‘Mechamato’ berjaya menawan 65 buah negara dalam tempoh lapan bulan.

Animasi Mechamato yang dilancarkan pada November 2021 menerusi saluran antarabangsa, Cartoon Network Asia, berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), selepas kejayaan animasi BoboiBoy sebelum ini.

“Kami teruja dengan pencapaian Mechamato yang terus melakar dunia.

“Bersempena dengan Hari Kebangsaan 2022 ini, Mechamato sebagai ‘Adiwira Kita’ digambarkan bakal membakar semangat dan memberi inspirasi kepada semua agar lebih yakin untuk melangkah lebih jauh di persada antarabangsa.

“Mechamato sudah bersiaran di negara-negara Asia Pasifik, Jepun, Korea Selatan, Australia, Taiwan dan sebagainya. Selepas pengumuman rasmi siaran Mechamato ditayangkan di Portugal,bulan lepas, animasi ini terus mendapat perhatian dengan penambahan siaran di 40 buah negara baharu termasuk India, Turkiye, Timur Tengah dan Afrika,” katanya.

Selain itu, siri animasi berkenaan bakal menemui rakyat Malaysia di saluran utama stesen televisyen tempatan (TV9 dan TV3), penstriman Netflix dan saluran Youtube MONSTA bermula Oktober ini, manakala tayangan filem ‘Mechamato Movie’ bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada Disember ini.

“Peminat di Indonesia dan Singapura juga bakal menonton siri animasi Mechamato di pelbagai rangkaian utama negara-negara tersebut bermula Oktober ini.

“Tonton siri animasi Mechamato sekarang di saluran Cartoon Network Asia, HBO GO, Astro Prima dan di aplikasi Astro Go. MONSTA ingin mengucapkan selamat Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia ke-59 kepada semua, mari bersama-sama meletakkan nama negara di pentas dunia,” katanya.

Video khas berkaitan perjalanan siri animasi Mechamato di persada antarabangsa boleh ditonton di saluran Youtube MONSTA dan stesen TV tempatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia 2022.– BERNAMA

Animasi Tempatan ‘Mechamato’ Berjaya Tawan 65 Negara Di Seluruh Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker