Lan Pet Pet dan Senario bersengketa?

Lan Pet Pet dan Senario bersengketa?

“Saya ambil kesempatan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan dalam Senario terutamanya abang Lan (Mazlan) Pet Pet.

“Semoga Allah bukakan pintu hati dia agar dapat sama-sama kembali walau tak banyak atau sekali dua untuk terbabit dalam program Senariounion akan datang.



“Saya percaya dengan kesabaran kami, dia akan terbuka hati untuk bersama kami semula nanti,” kata pelakon dan pelawak popular, Yassin Yahya mengulas perkembangan terbaru mereka bersama Mazlan Ahmad atau Mazlan Pet Pet.

Timbul persoalan sebelum ini apabila Mazlan seperti ‘merajuk’ apabila tidak membintangi filem terbaru Senario berjudul Jaga-Jaga Senariounion arahan Aziz M Osman pada Disember lalu.

Malah dia juga tidak memberi respon apabila ditanya berkenaan perkara ini dengan alasan terlalu sibuk.

Menurut Yassin, sehingga kini mereka tidak tahu apa punca yang berlaku, namun beranggapan Mazlan terlalu sibuk dengan karier baharunya selain sibuk dengan urusan perniagaan.



“Kalau berjumpa sebenarnya okey sahaja. Saya pun dah selidik dan siasat sendiri perkara ini. Kami sentiasa ajak dia untuk turut serta sejak dari konsert di RTM sebelum ini.

“Apa sahaja pun akan ajak. Tapi kami tak boleh tunggu dia kerana kena dengar suara majoriti dalam pasukan. Senariounion tetap kena gerak tanpa dia. Insya-Allah akan datang harapnya dia ada,” katanya ditemui pada program Pink Bazar Ramadan Komuniti Seni Kreatif anjuran Komuniti Pasar Artisan dan Muzika Malaysia di Publika semalam.

Yassin berkata, sebelum ini Mazlan juga sesekali mencelah dalam program Sembang Santai Senariounion di YouTube kendalian mereka.

Sementara itu, di Bazar Ramadan yang disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ini, Yassin menjual baju Melayu, cenderamata Sudirman, kuih muih dan pelbagai lagi. HM



Lan Pet Pet dan Senario bersengketa?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita



Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker