Cantiknya Adik Neelofa Sambut Hari Jadi Ke-20, Ada Netizen Persoal Umur Ameera Khan

Ameera Khan
Ameera Khan

Personaliti media sosial dan adik kepada Neelofa, Ameera Khan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20 pada hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Ameera atau lebih mesra disapa sebagai Baby atau Little Miss Khan (LMK) berkongsi foto-foto polaroid sambutan ulang tahun kelahirannya.

“Level 20,” tulis Ameera ringkas sebagai kapsyen.

Tampil anggun mengenakan dress labuh merah lengkap dengan perhiasan kepala dari jenama mewah Dior, Ameera bergambar bersama sebiji kek dengan percikan lilin.

 

 

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran kepada Ameera.

Ramai yang turut memuji penampilan Ameera yang semakin jelita walaupun usianha baru menginjak 20 tahun.

Malah, ada juga yang turut mempersoalkan umur Ameera serta membandingkan diri mereka semasa berada pada usia tersebut.

Ameera Khan
Ameera Khan

“Level up LMK, awak sedang menaik dan awak akan berjaya. Semoga awak sentiasa diberkati dengan banyak perkara yang baik-baik,” komen seorang wargamaya.

“Happy birthday Ameera, comey dooh,” puji seorang wargamaya.

Happy birthday cutie baby, stay gorgeous, i like you,” kata seorang wargamaya.

“Manakala orang lain yang berumur 20 masih nampak macam seketul kentang,” usik seorang wargamaya.

“Serius la 20 baru?” tanya seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 41,000 tanda suka daripada warga Instagram.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

‘CONTENT’ disukai ramai, Athisha adik Neelofa perkenal semua adik-beradiknya di Youtube. Tak sangka… [ VIDEO ]

 

https://mykmu.net/2020/12/12/ingat-tak-pakai-baju-ameera-khan-muat-naik-foto-seksi-ada-yang-samakan-dengan-kim-kardashian/

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker