Suri rumah panik, lelaki bogel lari lepas pecah rumah

Suri rumah panik, lelaki bogel lari lepas pecah rumah

Seorang suri rumah yang tidur di ruang tamu rumah terkejut dengan kelibat seorang lelaki berbogel dan berpelitup muka keluar dari rumahnya di Seksyen 20, Shah Alam, Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita pukul 3.30 pagi.

Katanya, mangsa dalam aduannya mendakwa semasa kejadian sedang tidur bersama anak perempuannya di ruang tamu rumah.

“Tiba-tiba mangsa tersedar apabila terdapat cahaya silau mengenai matanya menyebabkan mangsa terjaga dan sedar akan kehadiran suspek dan menjerit.

“Jeritan mangsa menyebabkan suspek segera berlari keluar dari rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Iqbal, suami mangsa yang turut tersedar selepas terdengar jeritan isterinya bergegas lari keluar dari bilik namun mendapati suspek sudah tiada di dalam rumah.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah mendapati mangsa mengalami kerugian apabila kehilangan wang tunai RM1, 600 hasil wang perniagaannya,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Menurutnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sjn. Mohd Shafarulrazi ditalian 010-8889910/03-55202222.

Terdahulu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai pelitup muka dan berbogel dilihat berkeliaran sebelum melakukan jenayah pecah rumah di perumahan Seksyen 20, Shah Alam. MG

Suri rumah panik, lelaki bogel lari lepas pecah rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker