Nadia malu pegang status janda?



Nadia malu pegang status janda?

Reda memegang status ‘janda’, namun, pelakon Nadia Brian berharap mereka tidak dijadikan bahan diskriminasi memandangkan orang luar tidak tahu apa yang berlaku terhadap rumah tangga seseorang.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, berkata, tiada insan berkahwin yang mahukan mahligai rumah tangga dibina berakhir dengan perceraian.

Namun, pelakon kacukan Melayu-Australia itu menyifatkan apa yang berlaku sebagai proses mematangkan diri.

Tidak trauma berkahwin lagi, bagaimanapun bukanlah keutamaan buat Nadia, buat masa ini.




“Sejujurnya, saya masih rasa malu memegang status janda. Tiada siapa berkahwin ingin memegang status ini.

“Suka tidak, bangga pun tidak, saya kini dalam fasa reda. Saya tidak serik berumah tangga lagi, tetapi buat masa ini, saya masih lagi single.

“Tipulah jika saya katakan tidak cuba berkawan kerana saya memang ada cuba berkawan untuk mengenal hati budi,” katanya kepada BH Online.

Nadia berkata, dia belum memikirkan soal kahwin.

“Mungkin dua atau tiga tahun lagi, tetapi kita tidak tahu sekiranya jodoh datang lebih awal.




“Kegagalan rumah tangga mematangkan dan berharap dapat memperbaiki diri ke arah lebih baik pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, pelakon filem Ratu Kala Jengking pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019.

Namun keretakan rumah tangga mula dihidu apabila tiada gambar dikongsikan di laman sosial, sejak September 2020 sebelum bercerai secara sah pada April, tahun lalu.

Berkongsi perkembangan kerjaya seninya, wanita kelahiran Perlis yang dibesarkan di Kelantan itu bakal muncul menerusi drama premium Kuasa terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Skop Productions.

Kuasa berkisar mengenai kehidupan keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing dalam menguasai empayar.




Selain Nadia, drama premium itu turut membariskan pelakon hebat seperti Ning Baizura, Ridzuan Hashim, Nazim Othman, Dazrin Kamaruddin, Alicia Amin, Nia Atasha dan Izzy Reef. BH

Nadia malu pegang status janda?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor



Leave a Reply

Your email address will not be published.