Jangan viral sampai pendirian jadi buah mulut orang – Ning Baizura

Jangan viral sampai pendirian jadi buah mulut orang – Ning Baizura

30 tahun pengalaman dalam dunia seni tanah air, penyanyi Ning Baizura menasihatkan agar mereka yang berkecimpung dalam bidang tersebut agar berhati-hati berkongsi konten atau kandungan dalam media sosial.

Pemilik nama lengkap, Ning Baizura Sheikh Hamzah itu berkata, anak seni perlulah sedar kedudukan mereka di mata masyarakat yang mudah menjadi bualan orang ramai.

“Media sosial ini ada baik dan buruknya. Sebagai artis lama, nak tak nak, saya kena ikut ‘flow’ sebab itu kalau kalian perasan, saya pun sekarang dah ada akaun TikTok sendiri.

“Sungguhpun begitu, janganlah kita viral atau menjadi tular sampai pendirian kita pun jadi buah mulut orang.

“Maksud saya, kita sebagai anak seni sebelum berkongsi sesuatu dalam media sosial, perlu fikir sedalam-dalamnya tentang kesesuaian apa yang kita nak kongsi dari segi usia dan juga impak kepada orang ramai terutama peminat,” kata pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu.

Ning, 47, yang bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Kuasa terbitan Astro Shaw turut memaklumkan, zaman sudah berubah dan anak seni perlu berlumba-lumba dengan kehendak industri yang memaksa mereka untuk sentiasa dekat dengan media sosial.

“Nak sentiasa relevan di mata peminat, kita kena bersifat current atau semasa. Kalau kita tak buat (ikut trend), memang hilang relevansi.

“Sebab itu, perlu buat sesuatu iaitu ikut trend. Zaman saya dahulu, media sosial tiada sampailah tahun 2008 barulah ada Facebook.

“Dulu kalau nak uar-uarkan sesuatu, kena buat sidang media dan sekarang pun masih buat benda itu (sidang media) tetapi kena ekstra sikit. Macam kena ada konten dan perlu ada cerita. Kena buat ‘live’ dan benda-benda begitu.

“Itulah pentingnya media sosial sekarang dan jangan disalahgunakan apa yang ada serta jangan terjerat kerana terlalu ‘syok’ berkongsi,” ujarnya.

Ning melakonkan watak sebagai wanita elit bernama Puan Sri Lily dalam drama premium Astro Originals yang diturut dilakonkan barisan pelakon hebat seperti Nazim Othman, Nadia Brian dan Alicia Amin.

Drama lapan episod arahan pengarah, Kroll Azray tersebut akan mula ditayangkan menerusi Astro Citra 11 April 2022 pukul 9 malam. K Online

Jangan viral sampai pendirian jadi buah mulut orang – Ning Baizura


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker