Hafiz Hamidun saksi Yasin mengamuk tiba-tiba

Hafiz Hamidun saksi Yasin mengamuk tiba-tiba

Walaupun pernah hilang kawalan hingga menghambur kata-kata kesat, Yasin Sulaiman dikatakan sering merendah diri dan memohon kemaafan ekoran penyakit mentalnya itu setiap kali berjumpa, kata Hafiz Hamidun.

Komposer dan penyanyi lagu ketuhanan itu mendedahkan, dia pernah berdepan dengan insiden Yasin mengamuk sekitar 2018 di sebuah studio.

Katanya kejadian berkenaan turut disaksikan oleh beberapa orang pekerjanya.

“Dia (Yasin) pernah tunjuk (gangguan emosi) sekali. Memang habis semua orang dimakinya, sampai satu studio terkejut. Dia datang dan terjerit-jerit secara tiba-tiba.

“Kami pun tak pasti apa yang mengganggu emosinya pada waktu tu.

“Tapi selepas kejadian, setiap kali bertemu, Yasin pasti meminta maaf dan menjelaskan dia tak dapat mengawal kemarahannya akibat mengalami tekanan,” katanya yang pernah menghasilkan album Sabar untuk kumpulan nasyid Brothers.

Pun begitu, Hafiz, 37, menjelaskan, dia tidak menyimpan walau sekelumit dendam pun terhadap komposer dan penyanyi terbabit yang kini sedang berdepan antaranya hukuman mati akibat tuduhan mengedar dadah.

Jangan terus menghukum

Menurut pemilik nama penuh Mohamad Hafiz Hamidun itu, dia sudah lama sedia maklum mengenai tahap kesihatan dialami Yasin, 46, yang ditahan sejak 24 Mac lalu.

“Saya juga mengetahui bahawa dia sering berulang alik mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital akibat penyakit mentalnya itu,” tuturnya.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu baru Rabbani berjudul Husnul Khatimah di Dsaji Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur semalam.

Yasin yang juga bekas vokalis Brothers itu dan memperjuangkan lagu berentak world music didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja dianggarkan seberat 214 gram.

Dia berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu di mahkamah Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Simpati terhadap nasib menimpa Yasin, Hafiz meminta orang ramai tidak cepat menjatuhkan hukum terhadap nasib menimpa seseorang seperti Yasin – yang belum dibuktikan bersalah di mahkamah.

Pada masa sama dia mengakui sedikit kecewa apabila imej penyanyi nasyid turut tercalar dengan penahanan Yasin, namun tetap berharap orang ramai dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

“Jangan terus menghukum, siapa kita untuk mencaci dia. Kita semua tak berada di tempatnya. Dia kata guna (ganja) untuk perubatan. Tapi apa dia lalui, kita tak faham.

“Sekarang proses perundangan sedang berlangsung, biar mahkamah tentukan. Jika baik pengakhirannya, kita bersyukur, jika tidak, jadikan teladan.

“Saya akui memang ada kekesalan apabila Yasin disamakan seperti penyanyi nasyid. Tapi saya tak salahkan dia atas perkara yang terjadi,” katanya. Mk

Hafiz Hamidun saksi Yasin mengamuk tiba-tiba


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker