Ditegur Ridhuan Tee, Danial Chuer berlapang dada

Ditegur Ridhuan Tee, Danial Chuer berlapang dada

Naib juara program realiti Big Stage 2022, Danial Chuer menerima teguran pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee dengan berlapang dada susulan rakaman aksi mesranya bersama penyanyi, Yazmin Aziz yang dikongsi di TikTok, baru-baru ini.

Danial berkata, dia juga akan memperbaiki segala kekhilafan pada masa mendatang dan berterima kasih kepada pihak tertentu yang tampil menegur perbuatannya itu.

“Saya terima teguran itu dengan hati terbuka. Kalau perkara itu salah di mata orang, saya akan terima. Saya akan tengok balik dan cuba untuk tidak mengulangi hal-hal sedemikian pada masa akan datang.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tidak selesa dengan perkongsian dalam video terbabit. Lagipun sekarang ini bulan Ramadan, jadi saya tidak mahu hal-hal yang tidak berkaitan lalu di ‘timeline’ media sosial masing-masing,” katanya.

Menurut Danial, dia menganggap teguran yang diberikan Ridhuan dan netizen sebagai satu peringatan untuk dia lebih berhati-hati memandangkan segala pergerakannya kini semakin diperhatikan.

“Saya dan Yazmin memang rapat, tetapi perkara ini sedikit-sebanyak menjadi peringatan kepada kami untuk selalu menjaga kelakuan. Tambahan pula selepas tamat Big Stage 2022, semua orang mengikuti perkembangan kita.

“Saya tidak terasa hati dengan teguran itu, malah bersyukur ada yang sudi menegur. Lebih baik ditegur daripada orang tak nasihat apa-apa. Sekurang-kurangnya kita tahu salah kita apa. Saya pun sedar yang hal ini salah. Sebagai orang Islam, kami tidak mahu perkara sebegini terjadi lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Danial mengaku turut menerima teguran serupa daripada ahli keluarganya.

Terdahulu, viral di laman TikTok apabila peserta Big Stage 2022, Yazmin Aziz memuat naik beberapa aksi berpelukan antara dirinya dan Danial. Aksi berkenaan mendapat kritikan dalam kalangan netizen, selain teguran oleh Ridhuan Tee. HM

Ditegur Ridhuan Tee, Danial Chuer berlapang dada


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker