Fikry Ibrahim dapat gangguan seksual

Fikry Ibrahim dapat gangguan seksual

Pelakon Fikry Ibrahim, 28, pernah mengalami gangguan seksual dan sangat terkesan dengan pengalaman itu meskipun ia berbentuk lisan.

Fikry berkata, perkara itu terjadi beberapa kali dan sedar bahawa golongan lelaki juga sebenarnya tidak pernah terlepas menerima gangguan sebegitu sebagaimana wanita.



“Antara pengalaman saya adalah sewaktu menukar baju di lokasi penggambaran. Ada wanita masuk dalam tempat tukar baju dan mengatakan sesuatu mengenai fizikal saya.

“Pernah juga saya ditegur mengenai hal maskulin sewaktu sedang berjalan-jalan. Saya berfikir, cuba kalau saya cakap apa yang dikatakan mereka itu juga?

“Kebiasaannya memuji bahagian tubuh wanita pun boleh bertukar jadi gangguan seksual. Tapi berbeza dengan lelaki pula, ia seakan hal biasa dan normal,” katanya.

Menurut Fikry, apa yang terjadi sebenarnya salah kerana berpendapat ia mampu mencetuskan gangguan emosi kepada golongan lelaki.



“Kalau ikutkan, saya sendiri tidak mahu sangat memikirkannya bukan kerana tidak sensitif. Tapi, gangguan sebegitu tanpa sedar mampu mengaibkan dan jatuhkan maruah seseorang,” katanya.

Terdahulu Fikry ditemui pada sesi bersama media mini siri Nusyuz Berkiblat Cinta, hari ini.

Dalam masa sama, Fikry berpendapat adalah tidak wajar untuk membudayakan perkara sedemikian.

“Meskipun ia berbentuk lisan, nampak normal, dan dianggap hal remeh-temeh, kita tidak sepatutnya menormalkan budaya sebegitu. Kelak dari lisan, ia juga mampu mencetus kepada perlakuan pula,” katanya.



Mini siri Nusyuz Berkiblat Cinta arahan Hadith Omar turut dibintangi Emma Maembong, Nadhir Nassar, dan Shaza Bae. Naskhah berkisar keganasan domestik itu bersiaran mulai 3 April, setiap Ahad, jam 9 malam, di saluran Astro Ria. HM

Fikry Ibrahim dapat gangguan seksual


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya



Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker