Zila Bakarin lepas geram

Zila Bakarin lepas geram

Sering diberi kepercayaan membawa watak antagonis, Zila Bakarin, 47, tidak peduli jika peminat drama Melayu membencinya.

Aktres yang sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia seni itu mengaku lebih gemar membawa watak antagonis kerana agresif dan mencabar.



Zila atau nama sebenar, Rosmawati Bakarin berkata, sejak berhijab kira-kira dua tahun lalu, tawaran menjayakan watak antagonis kurang diterima.

Namun, rasa ‘gian’ membawakan watak sedemikian terlerai apabila Zila ditawarkan memegang karakter Melur dalam drama terbaharu, Bila Hati Memilih Dia yang disiarkan slot Samarinda setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di TV3.

Bagaimanapun, Zila pada mulanya menyangka hampir terlepas peluang untuk beraksi dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu apabila selepas perbincangan pertama, syarikat produksi mendiamkan diri agak lama.

Namun, ternyata rezeki berpihak kepadanya apabila dia menerima maklum balas daripada syarikat produksi terbabit.



“Alhamdulillah, syarikat produksi dan stesen televisyen (TV) semakin terbuka menerima wanita bertudung untuk membawakan watak antagonis. Ini kali pertama saya ditawarkan watak jahat selepas bertudung.

“Sebenarnya, saya menyangka terlepas peluang kerana syarikat produksi mungkin sudah ada calon lain disebabkan saya bertudung. Pada fikiran saya, watak itu mungkin tidak sesuai dengan imej saya.

“Sejujurnya, saya lebih sukakan watak antagonis. Biarlah orang menyampah dengan saya. Bagi saya, watak seperti itu lebih memberi kepuasan berbanding karakter baik.

“Kalau watak baik, saya hanya lontar dialog semata-mata tetapi tidak mencabar kredibiliti sebagai pelakon,” katanya.



Sementara itu, ditanya apakah berpuas hati dengan bayaran diterima sebagai pelakon berpengalaman, Zila berkata, sebelum menerima tawaran, dia pastikan ada persetujuan antara semua pihak berhubung isu berkenaan.

“Sebagai pelakon, perniagaan saya adalah bakat. Saya menjual bakat dan setiap artis ada kadar bayaran mereka. Dalam menentukan kadar bayaran, perkara itu memerlukan perbincangan.

“Setiap kali ditawarkan sebarang watak, saya berusaha mencapai titik tengah. Ini penting supaya kedua-dua pihak berpuas hati dan tiada siapa menanggung rugi. Setakat ini, saya masih menerima bayaran setimpal,” katanya.

Zila berkata, pada usia sekarang, dia lebih banyak diberikan watak pelakon pembantu atau tambahan.



“Tetapi sebagai orang yang sudah lama dalam industri, saya cuba beri yang terbaik, tidak kiralah watak apa sekali pun. Saya mudah menghafal skrip dan akan pastikan sentiasa bersiap sedia sebelum memasuki set penggambaran.

“Saya tidak mahu menyusahkan pengarah. Seperti saya katakan, saya menjual bakat, jadi saya perlu bekerja dengan ikhlas,” katanya.

Selain Zila Bakarin, Bila Hati Memilih Dia diterajui Aedy Ashraf dan Eyka Farhana. Drama 15 episod itu turut dibintangi Shah Jaszle, Azri Sabri dan Maryam Annisa. BH

Zila Bakarin lepas geram




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan



Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker