Lamar Amelia Henderson, Aedy Ashraf kunci mulut

Lamar Amelia Henderson, Aedy Ashraf kunci mulut

“Jika mengenai cerita peribadi, saya memilih untuk tidak komen.”

Demikian respons pelakon, Aedy Ashraf berhubung video tular lamaran buat aktres jelita, Amelia Henderson sebagai kekasihnya secara terbuka pada sebuah festival makanan di ibu negara baru-baru ini.

Enggan mengulas apatah lagi mengiyakan hal tersebut, pelakon drama Budak Tebing itu memilih pendekatan mengunci mulut dan hanya mahu berkongsi mengenai perkembangan kariernya kepada umum.

Aedy atau nama sebenarnya Mohamad Addy Ashraf Rosmadi, 28, berkata demikian pada sidang akhbar virtual drama terbaharu lakonannya, Bila Hati Memilih Dia hari ini.

Terdahulu, nama Aedy dan Amelia menjadi topik bualan netizen selepas videonya melutut dan melamar Amelia sebagai kekasihnya.

Selepas video tular, kedua-duanya dilihat aktif membuat ciapan seolah-olah memberi bayangan mereka kini sudah bergelar pasangan bercinta.

Sebelum ini, pasangan selebriti muda pernah digosipkan bercinta selepas muncul sebagai hero dan heroin dalam drama Kisah Cinta Kita pada tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan khabar angin tersebut.

Bercerita mengenai drama Bila Hati Memilih Dia, Aedy berkata dia menyahut cabaran dengan memegang watak Nazril yang juga bapa muda.

“Sebenarnya pada peringkat awal saya tidak yakin untuk membawa watak ini tetapi selepas diyakinkan oleh penerbit, saya terima sebagai satu bentuk cabaran.

“Risau juga watak bapa meletak terus selepas ini. Namun, syukur semuanya berjalan lancar dan pelakon cilik iaitu Maryam Nisa yang menjadi anak saya juga memberi kerjasama baik, kami sangat rapat di set penggambaran,” ujarnya.

Sebagai info, Bila Hati Memilih Dia turut membariskan Eyka Farhana, Zila Bakarin dan Gambit Saifullah. K Online

Lamar Amelia Henderson, Aedy Ashraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker