Elica Paujin juara Big Stage musim keempat

Elica Paujin juara Big Stage musim keempat!

SEPERTI dijangka, Elica Paujin diumumkan sebagai juara Big Stage musim keempat.

Dengan kemenangan itu, ia menyaksikan Elica atau Angelica Paujin,23, berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Elica mendendangkan dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan duet bersama Hael Husaini menerusi lagu Believer.

Menerusi persembahan itu, Elica memperolehi markah 78.9 peratus daripada barisan juri.

Naib juara pula diraih Daniel Chuer dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Aisha Retno yang melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Di tempat keempat dan kelima menjadi milik Yazmin Aziz dan Tegar Septian dengan masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Konsert akhir Big Stage itu menampilkan Ajai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Alif Aziz selaku juri.

Presiden Netizen pula kekal dipegang Datuk Seri Vida, manakal Juri Pedas pula ialah Elly Mazlein dan juri jemputan ialah Aina Abdul.

Program yang menggunakan tagline ‘Dominasi BBNU’ itu dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad.

Big Stage dipancarkan secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Utv

Elica Paujin juara Big Stage musim keempat!


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Kereta Terpanjang Di Dunia…Lengkap Helipad, Kolam Renang Dan Boleh Main Golf Sekali! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker