Oktovia Manrose risau banyak aksi ‘daring’ dalam drama

Oktovia Manrose risau banyak aksi ‘daring’ dalam drama

PELAKON Oktovia Manrose melahirkan kebimbangan terhadap senario drama tempatan yang dilihat banyak memaparkan aksi melampau atau ‘daring’ sehingga sanggup membelakangkan budaya Melayu dan agama Islam.

Menurt Oktovia, ketika awal pembabitannya dalam dunia lakonan, dia akui mengambil masa yang lama sebelum bersetuju menerima tawaran.

“Saya sedar peredaran masa sudah banyak berubah begitu juga dengan situasi industri seni tanah air kita.

“Saya akui, memang ada sesetengah babak yang pelakon perlu buat disebabkan tuntuan daripada produksi. Tapi, kita juga ada hak dan pilihan untuk menjaga batas.

“Sebenarnya perkara berkenaan boleh dibawa berbincang dengan pengarah. Saya akui, saya juga pernah minta pada pengarah untuk tidak melakonkan babak yang saya tak selesa. Alhamdulillah, mereka sangat memahami dan okay sahaja.

“Dulu memang saya takut nak buat perkara yang sedemikian namun dunia sekarang sangat berbeza. Muncul ramai pelakon yang berani beraksi ‘daring’…mungkin banyak dipengaruhi orang sekeliling atau terikut-ikut dengan budaya barat,” katanya kepada URTV.

Oktovia atau nama penuhnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman itu ditemui pada pelancaran Kempen Ramadan Syawal 1443H dan Aplikasi Terbaharu TV Alhijrah di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Sejak membuat keputusan untuk berhijab, Oktovia akui sudah mula bersikap selektif dalam memilih watak.

Bersesuaian dengan penampilan terbaharunya yang sudah menutup aurat, Oktovia enggan lagi melakonkan watak yang kurang sesuai sebagai wanita muslimah.

“Saya ada dapat beberapa tawaran, tetapi disebabkan penampilan saya kini dah berhijab, rasanya saya dah tak boleh bertindak sesuka hati seperti dulu.

“Saya akui dulu lakonan saya banyak yang ‘daring’. Bila dah bertudung, takkanlah saya nak buat macam itu lagi.

“Memang agak susah sebab saya perlu memilih watak tetapi kalau ia sudah ditakdirkan ada rezeki saya, Insya-Allah, sudah tentu akan ada peluang untuk saya,” ujarnya.

Sementara itu, suami Oktovia, Mohamad Khairul Efsan Md. Isa, menyerahkan segala keputusan kepada isterinya dalam memilih watak.

“Saya tak letak syarat tapi saya tahu dia bijak memilih dan pandai buat keputusan.

“Bagi saya mudah sahaja, selagi perkara yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan agama dan maruah seorang perempuan, saya tidak akan melarang sebab itu merupakan kerjaya dia.

“Sebelum dia beritahu tentang sesuatu tawaran lakonan yang diterima, saya tahu dia akan tapis dulu,” kongsinya.

Untuk info, Oktovia dan Efsan mendirikan rumah tangga pada 21 Disember lalu.

Ini merupakan pernikahan kedua bagi Oktovia yang turut memiliki seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain yang berusia 11 tahun, hasil perkahwinan terdahulu. Utv

Oktovia Manrose risau banyak aksi ‘daring’ dalam drama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker