Giliran wajah Aina Abdul di Times Square, New York

Giliran wajah Aina Abdul di Times Square, New York

Wajah penyanyi Aina Abdul menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Aina, 28, atau nama sebenarnya Nur Aina Abdul Ghani berkata, dia dipilih bagi menjayakan kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify itu dan menyifatkan ia perkara yang membanggakan.

“Kejayaan ini adalah berikutan kerjasama bersama syarikat pengedaran saya, Believe Music. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu, saya bekerjasama dengan Believe Music untuk mengeluarkan lagu-lagu saya.

“Dari lagu Reminiscing, Shadow, semuanya diedarkan oleh Believe Music. Jadi bersama Believe Music, saya pun turut terpanggil untuk membabitkan diri menerusi kempen Equal. Saya dipanggil untuk isi borang dan sebagainya.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dipilih bulan ini sebagai salah seorang duta untuk kempen Spotify. Jadi saya sangat bersyukur sebab berasakan kempen ini, sangat baik kerana ia dapat mengetengahkan bakat wanita di dalam bidang muzik terutama dari Asia,” katanya .

Menurut Aina, pemilihannya itu adalah pendedahan yang baik untuk dia dan muziknya dikenali di sekitar dunia.

“Pendedahan ini baik untuk kami dikenali di sekitar dunia. Walaupun ia hanya sebulan, tapi saya berasakan peluang ini adalah peluang yang susah nak dapat.

“Terima kasih Believe Music. Terima kasih juga kepada Spotify kerana memilih saya. Dan juga kepada Ainations, kerana sebab merekalah jumlah penstriman lagu saya di Spotify nampak cantik.

“Terima kasih Ainations juga sebab selalu mendengar muzik-muzik saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aina baharu muncul dengan lagu kerohanian berjudul CahayaMu, Jumaat lalu.

“Saya terpanggil untuk menulis dan mengeluarkan lagu ketuhanan ini sebab saya sangat sukakan lagu genre sebegini, di mana saya menjadikan penyanyi seperti Opick, Maher Zain dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idola.

“Muzik mereka memberikan inspirasi pada saya untuk menulis lagu seperti ini. Dan selepas mendengar penyanyi lain mengeluarkan lagu ketuhanan, saya fikir mengapa saya tidak menulis lagu yang ditujukan khas kepada Allah SWT.

“Jadi saya mahu tulis satu lagu yang kena dengan jiwa saya. Jadi apa yang didengari menerusi lagu ini adalah luahan hati saya,” katanya. HM

Giliran wajah Aina Abdul di Times Square, New York


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker