Nad minta izin suami watak isteri penggoda

Nad minta izin suami watak isteri penggoda

Pelakon Nad Zainal dan Fasha Sandha sudah berbincang dan mendapatkan keizinan daripada suami ma­sing-masing bagi menjayakan watak utama dalam drama Dendam Seorang Isteri.

Selain meminta izin pasa­ngan, Nad dan Fasha juga telah berjumpa dengan isteri pelakon lelaki dalam drama tersebut iaitu Wan Raja dan Aidit Noh untuk meminta izin supaya tidak timbul sebarang masalah kelak.

Ujar Nad, 32, dia perlu meminta kei­zinan suaminya, Muhammad Faliq kerana memegang watak wanita penggoda bernama Kirana dalam drama tersebut.

“Saya takut dengan babak perlu menggoda Wan Raja. Banyak yang bermain dalam fikiran termasuk stigma masyarakat tetapi saya terpaksa cakap pada suami dan meminta maaf kerana perlu bekerja (berlakon),” katanya ketika ditemui pada majlis Ramadan Astro kelmarin.

Farah Nadia Zainal Abidin itu memberitahu, sepanjang menjalani penggambaran drama tersebut, dia bersama pelakon-pelakon lain banyak berbincang sesama sendiri untuk menjaga nama baik masing-masing.

“Kami banyak berbincang kera­na kesemua pelakon sudah berkahwin,” kata Nad.

Sementara itu, Fasha Sandha, 37, memberitahu, walaupun sudah diberi keizinan, mereka perlu tahu batas-batas supaya tidak timbul salah faham.

“Walaupun sudah diberi kei­zinan, kami masih perlu menjaga nama baik suami dan juga isteri masing-masing,” ujarnya.

Diminta mengulas mengenai kontroversi ‘babak panas’ pelakon Zul Ariffin, Nad dan Fasha enggan mengulas lanjut dan memilih untuk tidak berkongsi apa-apa kerana bimbang tersalah cakap.

“Tiada komen. Saya tidak tahu hendak cakap apa, takut disalahertikan nanti. Lagipun kami dalam industri yang sama,” jelas Fasha.

Bagi Nad pula, dia hanya akan berkongsi babak dalam drama lakonannya mengikut bahan yang diberikan oleh pihak produksi selepas mendapat kelulusan. K Online

Nad minta izin suami watak isteri penggoda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker