Amelia Handerson lama menjanda

Amelia Handerson lama menjanda

Pernah menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, pelakon, Amelia Henderson bagaimanapun mengaku masih belum memikirkan soal teman hidup atau kembali berumah tangga lantaran terlalu sibuk mengurus kerjaya seninya.

Bagaimanapun, kata Amelia, itu tidak bermaksud dia selamanya tidak mahu berkahwin tetapi menganggap waktu yang tepat belum tiba.

“Pengganti untuk teman hidup? Saya boleh temankan diri saya sendiri sejauh mana yang boleh. Saya pun ada pasukan dan keluarga yang sangat kuat. Jadi, saya tak pernah terfikir dan tak ada masa pun. Sebenarnya, saya ini seorang yang ‘workaholic’, saya kena pentingkan apa yang ada dalam karier saya dahulu.



“Bukan saya tak nak, dan saya rasa setiap perempuan dalam soal itu. Tapi selagi jodoh atau rezeki ke arah itu belum ada, saya tak boleh nak kawal.

“Saya pun tak boleh nak rancang kalau calon pun tak ada. Memang ada yang cuba mendekati tapi dengan jadual macam ini, tak ada masa,”katanya.

Tambah pemilik nama Amelia Thripura Henderson, dia pernah dilamar oleh peminat menerusi direct message (DM) tetapi memilih untuk tidak dilayan.

“Saya bersyukur dengan peminat yang sentiasa menyokong. Tetapi yang lamar saya dekat DM itu memang pelik. Saya tak tahu nak komen macam mana.



Amelia ditemui ketika majlis Tayangan Perdana program-program Ramadan Awesome TV dan Kempen CSR Ramadan yang diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara pada petang Isnin.

Ditanya mengenai hubungan dengan aktor Aedy Ashraf, Amelia berkata mereka sememangnya berkawan rapat dan sering bekerja bersama.

Malah, dia juga tidak terganggu dengan gosip yang bertebaran kerana baginya lakonan bersama Aedy dalam drama Kisah Hidup Kita itu menjadi.

“Setiap kali saya jumpa Aedy, saya tanya dia ‘Aedy kenapa semua orang macam sibuk nak tanya I pasal awak saja’. Lepas itu dia cakap ‘memang lah saya Aedy Ashraf kot’.



“Kami memang kawan rapat, tak ada masalah pun. Kami pun baru juga jumpa. Kami banyak juga projek bekerjasama yang tengah berjalan.

“Bagi saya, benda ini (gosip) tak ganggu pun hidup saya. Lagi banyak orang tanya fasal ini, maksudnya drama lakonan kami sangat meletop.

“Kalau tak, mesti tak akan orang bertanya sedangkan cerita itu dah habis beberapa bulan lalu. Kiranya, lakonan kami pun menjadi. Sebagai pelakon, itu yang kami nak,”katanya.

Untuk info, sekitar tahun 2018, pelakon kacukan India-Scotland ini mendedahkan, dia dan bekas suaminya, Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar sudah berpisah, namun enggan berkongsi tarikh sebenar mereka membawa haluan masing-masing.

Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata. Utusan

Amelia Handerson lama menjanda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker