Aina Abdul dah macam Vida

Aina Abdul dah macam Vida

Penyanyi Aina Abdul, 29, tidak melihat corak fesyen terbaru Datuk Seri Vida (DSV), 51, cuba menirunya apabila ramai netizen membandingkan mereka.

Aina berkata, dia sebenarnya tidak ambil hati apabila ada usikan yang menggabungkan gambarnya dengan usahawan itu sebagai bahan lawak.

“Tiada istilah ‘copycat’ atau apa, masing-masing terinspirasi daripada seseorang. Saya sendiri pun ambil inspirasi daripada orang lain.

“Saya tak rasa beliau tiru atau apa. Saya ternampak juga usikan itu daripada peminat. Saya rasa ia hanya gurau-gurau manja saja.

“Tak ada sesiapa pun ambil perkara itu serius. Jadi, saya tak kisah apa orang nak cakap. Namun, saya tahu apa saja DSV lakukan, dia tunjukkan keazaman tinggi,” katanya.

Penyanyi lagu Sepi itu juga cukup menyanjung tinggi DSV sebagai ikon wanita terbaik.

Bagi Aina, dia melihat banyak nilai positif dipelajarinya daripada usahawan terbabit.

“Saya sangat menghormatinya. Saya memang sentiasa sukakan DSV kerana dia seorang yang sangat berani.

“Dia juga wanita yang kuat. Apa yang dia cuba lakukan, saya belajar bagaimana mahu jadi seperti itu. Mungkin orang di luar nampak yang lawak-lawak saja, tapi saya belajar sisi positifnya. Apa juga yang dia lakukan, dia menjadi diri sendiri,” katanya.

Perbandingan fesyen mereka mula diperkatakan beberapa minggu lalu apabila DSV tampil dengan solekan unik di program Big Stage 2022.

Kemudian, fesyennya dalam lagu baharu Ku Ikhlaskan mendapat pelbagai reaksi.

Umum tahu Aina sudah mencetuskan fenomena sendiri apabila kerap tampil dengan fesyen unik dan di luar kotak.

Justeru, ada beranggapan DSV mengikut jejaknya cuba bergaya pelik. HM

Aina Abdul dah macam Vida


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker