Syafiq Kyle putus cinta dengan Mimi Lana?

Syafiq Kyle putus cinta dengan Mimi Lana?

PELAKON terkenal, Syafiq Kyle enggan mengulas lanjut tentang dakwaan orang ramai yang mengatakan hubungan cintanya bersama aktres jelita Mimi Lana sudah berakhir.

Menurut Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak,30, usianya yang semakin meningkat membuatkan dia tidak mahu lagi memberi perhatian terhadap perkara yang tidak mendatangkan kepentingan.

“Kadang-kadang kalau jadi macam ni, bukan saya tak nak jawab tapi saya jadi malu. Saya segan. Kita bukan bercinta umur 12 tahun. Esok lusa nak kahwin dah ni, lepas tu nak layan perkara macam tu lagi.

“Mungkin lima tahun lepas saya boleh layan perkara macam ini tapi sekarang dia jadi ‘cringe’. Tapi selagi kami berada dalam hubungan yang baik, alhamdulillah.

“Kita akan kongsi perkara yang lebih baik. Bagi perkara kecil itu, saya tak peduli sebenarnya sebab ia buang masa saya juga,” ujarnya menerusi laporan Metro.

Tambah pelakon filem Pusaka ini, peminatnya juga tidak gemar mengambil kisah akan perkara remeh yang sering menjadi bualan warganet.

“Jujurnya, peminat saya tak pernah bertanyakan perkara ini terutama membabitkan perhubungan kepada saya. Sepanjang saya mengenali mereka, mereka hanya nak tahu perkara yang saya buat dari segi kerjaya,” katanya.

Terdahulu, hubungan cinta pasangan sama cantik sama padan ini dikatakan telah berakhir pada Mei tahun lalu setelah lima tahun menyulam kasih. Utv

Syafiq Kyle putus cinta dengan Mimi Lana?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker