Ia diluar kawalan saya – Shila Amzah

Ia diluar kawalan saya – Shila Amzah

Selepas lapan tahun ‘bermusuhan’ dengan media berbahasa Melayu, penyanyi Shila Amzah secara terbuka memohon maaf atas kesilapan dan tindakannya selama ini.

Shila menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan terkenal sebentar tadi mendedahkan, kemelut yang terjadi sejak tahun 2014 dan berlanjutan hingga ke saat ini sebenarnya berlaku di luar kawalan dirinya.

Akui Shila, dia baru mendapat kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan mengenai hala tuju karier seninya selepas berkahwin pada tahun 2018.

“Saya nak cakap apa yang berlaku pada masa lalu di luar bidang saya. Saya dah tak boleh nak tarik balik berita yang dah keluar.

“Apa yang menjadi penghalang saya tidak bebas? Saya tidak menidakkan pengorbanan kedua orang tua saya.

“Saya faham perasaan ibu bapa yang nak terbaik untuk anak. Tetapi disebabkan past relationship (hubungan lampau), saya sangat dijaga termasuk untuk perkara kecil seperti ingin keluar minum bersama kawan.

“Secara jujurnya, emosi saya banyak terganggu. Bila saya dah berkahwin dan pindah ke United Kingdom, secara tidak langsung perkara tersebut memberi saya kebebasan,” katanya.

Tambah Shila, 32, dia juga tidak menyalahkan sesiapa dengan apa yang berlaku pada masa lalu.

“Tetapi, saya tak akan salahkan sesiapa dengan apa yang berlaku pada masa lalu. Sekarang ni saya cuma nak hidup dengan aman dan tenang.

“Saya tak nak ada langsung berdendam dengan sesiapa. Saya harap mereka yang terguris itu maafkan saya.

“Saya ambil itu sebagai pengajaran dan harapkan apa yang berlaku itu menjadi iktibar kepada kita semuaz

“Saya minta maaf kepada media yang terguris hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. Saya yakin yang terguris itu pun mengalami situasi yang tak okey.

“Saya nak mohon maaf seandainya ada terlebih, terkurang yang saya terguriskan hati secara sengaja atau tidak, dalam kawalan atau di luar kawalan saya. Jauh di sudut hati, saya mengharapkan kemaafan dari kalian semua dan saya juga tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi,” luahnya lagi.

Terdahulu, nama Shila kembali menjadi bualan selepas diangkat sebagai juara menerusi lagu Pelukan Angkasa bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) pada Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini.

Sebelum ini, pada 15 September 2014, tindakan Shila memuat naik status dalam Instagram yang memuji media berbahasa Cina kerana membuat liputan meluas berkenaan konsert Shila Amzah – Love Live in Malaysia dan menyelar media Melayu sehingga berlanjutan ke kamar perbicaraan mahkamah selama bertahun-tahun menjadi titik permulaan permasalahan tersebut. K Online

Ia diluar kawalan saya – Shila Amzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker