Eyka Farhana makin seksi

Eyka Farhana makin seksi

PELAKON Eyka Farhana masih tahu menjaga batasnya dalam menggayakan pakaian meskipun pernah menerima nasihat daripada peminat susulan penampilannya yang dikatakan semakin seksi.

Menurut Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, dia mahu berpakaian mengikut keselesaan dan bukan kerana kehendak ramai.

“Rasanya dari segi pakaian saya, dari dulu saya akan pakai yang mengikut keselesaan. Lagipun kalau tengok dalam media sosial, tak rasa saya seorang saja yang pakai menonjol.

“Malah, saya bukanlah seorang yang jenis memakai pakaian yang menampakkan lurah dendam. Saya masih tahu jaga penampilan,” ujarnya menerusi laporan Kosmo.

Tambah pelakon siri Budak Tebing ini, dia hanya mahu menjadi dirinya sendiri tanpa perlu berpura-pura di mana-mana termasuklah dalam media sosial.

“Saya pakai apa yang saya selesa. Sebab tak naklah jadi hipokrit. Dalam media sosial tak kongsi, tapi kalau jumpa depan-depan, peminat tengok diri saya yang sebenar.

“Sebab itu saya mahu jadi sendiri. Walaupun dulu ada komen kecaman, tetapi lama-lama peminat dah dapat terima diri saya begini dan mereka pun boleh faham,” ujarnya.

Terdahulu, Eyka menjadi perhatian ramai apabila memuat naik sebuah perkongsian foto yang melihatkan dirinya berpakaian agak seksi. Utv

Eyka Farhana makin seksi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker