Aksi panas Zul Ariffin, Erma Fatima akan dedahkan kebenaran

Aksi panas Zul Ariffin, Erma Fatima akan dedahkan kebenaran

Ketika namanya sedang menjadi bahan kecaman ramai susulan adegan panas drama Perempuan Itu, pengarah terkenal Erma Fatima mencuri perhatian dengan kapsyen Instagram yang seolah-olah memberi bayangan sebuah kebenaran bakal terbongkar.

“Insya-Allah, kebenaran akan didedahkan tidak lama lagi,” tulisnya ringkas.

Menerusi entri tersebut, sutradara yang terkenal dengan drama Mak Cun itu turut memuat naik sekeping foto seekor harimau sedang bertapa atau dalam fasa menenangkan diri.

“Pejuang yang hebat ialah tidak pernah marah,” tulis ayat pada foto tersebut.

Sehingga kini, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Erma masih belum berhasil susulan dia tidak menjawab panggilan telefon.

Hasil pemerhatian, kakak kepada pelakon Umie Aida itu turut menutup ruangan komen Instagramnya.

Sehingga kini, namanya dan Zul Ariffin masih sohor kini dalam Twitter.

Sejak malam tadi, media sosial digemparkan dengan sebuah video sedutan drama Perempuan Itu yang memaparkan beberapa adegan panas lakonan Zul bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Babak yang dikatakan persis filem lucah itu mendapat kritikan ramai serta turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad hari ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana drama tersebut dikatakan bakal disiarkan pada bulan Ramadan nanti.

Selain Erma, Zul juga mengambil pendekatan berdiam diri tanpa sebarang penjelasan rasmi selepas dia mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video tersebut.

Sebagai info, Perempuan Itu turut dibintangi Mimi Lana dan Iqbal Zulkefli. K Online

Aksi panas Zul Ariffin, Erma Fatima akan dedahkan kebenaran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker