Erra Fazira minta tip hidup bermadu?

Erra Fazira minta tip hidup bermadu?

Sudah terlalu kerap bintang jolokan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira, 48, ‘dijodohkan’ dengan lelaki pelbagai usia dan status sejak bergelar ‘janda hots’ lapan tahun lalu.

Namun, satu demi satu gosip yang menerpa hidupnya hilang dibawa angin lalu apabila Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek menafikan kebenarannya.

Meskipun sudah penat menafikan ataupun melafazkan janji tidak berahsia jika kembali bergelar isteri, namun, dakwaan berkahwin secara rahsia dengan lelaki berstatus kenamaan terus bertiup kencang.

Bertemu Erra yang kini membintangi filem Rumah itu sekali lagi menegaskan, beritanya berkahwin dengan seorang VVIP berstatus menteri tidak benar sama sekali. Hingga saat ini, statusnya masih single.

“Saya masih ibu tunggal yang kini membesarkan seorang anak perempuan. Tanggungjawab cukup besar kerana saya mahu mendidik Engku Aleesya Engku Emran menjadi anak yang sempurna dan diberikan memberi bekalan secukupnya menghadapi masa depan.

“Sehingga saat ditemubual ini, saya masih menggalas gelaran ibu tunggal. Sebagai selebriti, saya anggap apa yang berlaku adalah asam garam dalam kehidupan.

“Sepanjang menceburkan diri dalam bidang seni, saya sudah banyak kali dijodohkan dengan pelbagai jenis lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dibimbangkan apabila dakwaan ini timbul,” katanya kepada BH Online.

Mengulas kenapa bila sebut nama Erra Fazira, pasti dikaitkan dengan golongan VVIP, bintang filem Sembilu dan Soal Hati itu berkata, sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan lelaki muda, tetapi ada juga mempersoalkan hubungan mereka.

“Apabila didakwa mempunyai hubungan lelaki berpangkat, tetap juga menjadi bahan perdebatan.

“Pada usia sekarang sekiranya bertemu jodoh, saya hanya mengikut aturan yang ditetapkan Allah.

“Tiada lagi ciri-ciri lelaki idaman seperti sebelum ini. Saya serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa,” katanya.

Dijolok tuduhan mendapatkan nasihat pelakon dan produser, Datuk Ziela Jalil sebagai rujukan untuk hidup bermadu, Erra hanya ketawa.

“Saya sudah agak pasti ramai yang ingat saya adalah artis dimaksudkan (ketawa). Saya ada membaca cerita ini, tak dinafikan ramai juga bertanya.

“Namun, bukan saya artis yang mendapat nasihat Ziela pasal hidup bermadu ini. Saya pun sudah lama tidak bertemu dengan Ziela,” katanya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan kononnya bernikah dengan Erra pada Oktober, tahun lalu.

Erra pernah dua kali mengalami kegagalan rumah tangga. Pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan ahli kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Setahun kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya. Ikatan perkahwinan Erra dan Emran terlerai selepas tujuh tahun tahun mendirikan rumah tangga. BH

Erra Fazira minta tip hidup bermadu?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker