Sabrina dakwa kekasihnya, Deddy kedekut

Sabrina dakwa kekasihnya, Deddy kedekut

PENGACARA terkenal Deddy Corbuzier digelar sebagai kedekut oleh kekasihnya yang juga model, Sabrina Chairunnisa.

Semuanya gara-gara ketika sambutan Hari Kekasih baru-baru ini, dia tidak diberi sebarang hadiah tanda kebesaran cinta Deddy buat dirinya.

“Saya tidak diberi hadiah oleh Deddy ketika Hari Kekasih,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram.

Kata Sabrina, dia sebelum ini pernah meluahkan hasratnya kepada Deddy untuk memiliki sebuah kereta jenis Mini Cooper berwarna merah jambu.

Bagaimanapun, wanita berusia 29 tahun itu tidak diberikan hadiah kereta, sebaliknya hanya dibelikan penyepit rambut berwarna merah jambu.

“Dia (Deddy) memang kedekut,” katanya sambil ketawa.

Sabrina sebenarnya tidak kisah tentang hadiah dan hanya bergurau dengan kekasihnya itu. K Online

Sabrina dakwa kekasihnya, Deddy kedekut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker