AS terkejut Poland sediakan jet-jet MiG untuk Ukraine

Gambar fail menunjukkan jet-jet tempur MiG-29 buatan Kesatuan Soviet milik Poland. – Foto AP

WARSAW – Kerajaan Amerika Syarikat(AS) terkejut pada Selasa apabila Poland mengumumkan ia bersedia untuk menyediakan jet-jet pejuang MiG-29 yang akan dihantar ke Ukraine, kata seorang pegawai AS.

“Saya berada dalam satu mesyuarat yang mana saya sepatutnya mendengar tentang perkara itu. Justeru, saya fikir ia sebenarnya adalah langkah yang mengejut dari Poland,” kata Timbalan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik AS, Victoria Nuland kepada wakil-wakil rakyat Amerika seperti dilaporkan AFP.

Beliau mengulas tentang keputusan Kementerian Luar Poland yang menyatakan bahawa negaranya bersedia untuk menghantar jet-jet MiG-29 ke pangkalan udara AS di Ramstein, Jerman untuk diserahkan kepada Ukraine.

Tindakan Poland akan membolehkan ia menerima jet-jet pejuang F-16 bagi menggantikan jet-jet MiG buatan era Kesatuan Soviet.

Isu itu menjadi sensitif di Washington yang mana pihak pentadbiran Presiden AS, Joe Biden telah membincangkan perkara tersebut tetapi tidak komited dengan rancangan sedemikian.

Bagaimanapun, Nuland enggan memberi komitmen sama ada Washington menyokong tindakan tersebut. – Agensi

AS terkejut Poland sediakan jet-jet MiG untuk Ukraine

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker