Zulin Aziz selamat bernikah, terima wang hantaran RM30,000

Zulin Aziz sah bergelar isteri dengan sekali lafaz.

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada pasangannya, Farhan Norzaini, 35, tepat jam 9.20 pagi ini dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Zulin meluahkan rasa syukur dan gembiranya selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan sebelum melangkah ke fasa berumah tangga.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira selepas masing-masing pernah melalui fasa berpisah dahulu.

“Kali ini, kami disatukan selepas melalui naik dan turun (dugaan) dalam hubungan,” katanya.

Sementara itu, Farhan juga meluahkan rasa syukurnya dan kini bersiap sedia untuk mengharungi fasa baharu dalam kehidupan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun bersama bermula sebagai kawan dan sebagai pasangan, seterusnya, sekarang sebagai suami dan isteri.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker