Harga melampau, orang lain pun cari makan – Rashid Sibir

Harga melampau, orang lain pun cari makan – Rashid Sibir

Penerbit dan pengarah drama, Rashid Sibir menegur sikap segelintir pelakon yang mementingkan diri meletakkan bayaran melampau tanpa memikirkan bajet produksi.

Katanya, sebilangan anak seni yang enggan bertolak ansur ketika industri masih bergelut untuk terus hidup hakikatnya menghimpit rakan seperjuangan lain yang sama-sama mencari rezeki.

“Ini bukan rintihan, apa lagi cemuhan. Hanya cerita biasa tapi ini adalah kenyataan sedang berlaku keras melampau.

“Pelakon hero minta belas ribu, tak nak bagi terus tak nak bincang, tutup telefon. Bukan semua, segelintir saja.

“Pelakon heroin pun sama letak harga. Tak nak carilah lain. Yang ada pengurus lagilah ‘demand’. Siap kira hanya beberapa jam saja boleh bekerja sehari, apa nak jadi?” katanya menerusi luahan dalam Facebook.

Hampir tiga dekad berjuang dalam dunia produksi, Rashid, 55, menegaskan penghasilan naskhah terbaik bukan hanya bergantung kepada bintang utama, sebaliknya semua yang terlibat dalam penerbitan tersebut.

Katanya, senario berkenaan seolah-olah enggan dipedulikan mereka yang berkenaan sehingga suku daripada bajet sesebuah drama terpaksa disalurkan kepada teraju utama, manakala bakinya dikongsi pelakon lain serta kru.

“Untuk menghasilkan sebuah drama bukan hanya hero dan heroin sahaja diambil kira, sebaliknya semua kru yang terlibat.

“Dalam sebuah pasukan penggambaran ada kru, pasukan pekerja, pelakon-pelakon lain juga, bukan hero dan heroin.

“Ramai yang terlibat barulah boleh menjadi karya yang baik. Tetapi kalau bayar dua orang sudah suku bayaran daripada stesen (televisyen), apa yang tinggal? Semua orang mesti faham keadaan ini,” katanya.

Tambah sutradara yang menyerlah dengan drama kemasyarakatan itu lagi, hero dan heroin perlu maklum bayaran untuk penerbitan sesebuah drama yang diberikan stesen televisyen kepada produksi tidak tinggi.

Katanya, situasi tidak sihat itu akan menghimpit pembikin drama sekali gus memberi risiko terhadap industri untuk terkubur seandainya mereka yang punya nama ini terus mendesak bayaran melampau.

“Sekarang penerbit memang tak boleh bayar sebab bajet amat tipis. Jadi pelakon hebat yang ‘demand’ belasan ribu ini mintalah beringat, orang lain pun nak makan sama.

“Ambillah bajet yang boleh dibayar tanpa membebankan supaya produser boleh membuat drama lagi dan boleh memanggil pelakon tadi lagi.

“Kalau tak ada produser bukan saja pelakon tak boleh kerja, malah industri boleh tutup. Tetapi produser boleh bayar sekiranya pihak stesen penayang terbuka dengan masalah ini.

“Harga yang diberi biarlah setara dengan kehidupan sekarang di mana semua harga barang melambung tinggi,” luahnya lagi.

Pada masa sama Rashid merayu supaya stesen TV membantu menaikkan bayaran drama bagi membolehkan penerbit mampu membayar hero dan heroin pilihan pihak berkenaan.

“Baru produser boleh bayar kepada artis ‘demand’ melampau tadi kerana pihak stesen sudah bantu naikkan harga, sama-sama dapat merasa lamanya.

“Demi masa depan, kita memerlukan antara satu sama lain. Semua orang berganding bahu cari rezeki, jangan pentingkan diri. Sama-sama cari makan,” kata Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1997 itu lagi. K Online

Harga melampau, orang lain pun cari makan – Rashid Sibir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker